Drama Akira Khan mencetuskan fenomena di tanah air apabila mula bersiaran di saluran Astro Ria dan Astro Go malam kelmarin. Video rakaman memaparkan sedutan dalam drama diteraju Uqasha Senrose dan Kamal Adli itu mula membanjiri media sosial terutama di TikTok.
Salah satu muat naik milik NorzanaAJ di TikTok yang memaparkan sedutan pendek Uqasha berdialog dalam bahasa urdu dalam drama tersebut menarik perhatian ramai. Malah, pemilik hantaran ini juga menulis coretan ringkas dan memuji aktres jelita ini dapat berbahasa dengan baik. Pelbagai reaksi serta respons membanjiri ruangan komen muat naik tersebut. (Kini pemilik video telah menutup ruangan komen)
Pastinya ramai terpegun mendengar Uqasha bertutur dalam bahasa urdu dengan lancar di dalam drama Akira Khan ini. Namun disebalik lakonan dan dialog yang dilontarkan, aktres ini bekerja keras untuk berlatih. Malah, pemilik video ini juga mendedahkan, Uqasha kerap berlatih menuturkan dialog dalam bahasa urdu tersebut.
|
LadyCarefree replied at 20-1-2023 06:06 AM
iols dengar macam tak smooth je dia cakap berbanding pompan sorang lagi tu
Shahman86 replied at 20-1-2023 05:43 AM
Kau ni pon nk agak2 la..cuba kalau kau yg suruh pompuan paki tu cakp melayu.sama ajelah.
epuepy replied at 20-1-2023 09:38 AM
Ada je mak Wan berlakon. Tgok ungka tag mak Wan. So celah mna tkde job?
roti_banjir replied at 20-1-2023 10:02 AM
drama nih shooting dah lama.... baru nih jer keluar tv..... tp memagn lama dah tak nampak mak wan ...
AcikBuncit replied at 29-1-2023 04:00 PM
Sebijik2 word dia cakap.. xdgr mcm natural pon.. Knp ambik dia ni jd paki. Cm xmsuk plk nengoknya.. ...
orangbiasaje replied at 30-1-2023 10:36 AM
Time ni rasa macam kalau amik dari adik beradik nilopak mungkin wajah lebih sesuai kot...sbb diorg p ...
AcikBuncit replied at 30-1-2023 12:00 AM
Sebijik2 word dia cakap.. xdgr mcm natural pon.. Knp ambik dia ni jd paki. Cm xmsuk plk nengoknya.. ...
ADVERTISEMENT