CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motor Remuk, Penunggang Maut Digilis Lepas Terlanggar SUV

20-1-2023 05:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 774| Komen: 1

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.54 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.



Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa remuk akibat kemalangan tersebut (kiri). Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di KM11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, hasil siasatan yang dijalankan, penunggang motosikal itu terlanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Jerantut.

"Motosikal tersebut berada di bahu jalan laluan sama mengubah haluan masuk ke laluan utama hingga terlanggar bahagian tepi SUV terbabit.

"Penunggang motosikal kemudiannya terjatuh di atas jalan dan dilanggar pula sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, susulan kemalangan itu, seorang lelaki berusia 59 tahun telah hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 4.20 petang hari sama membuat laporan dan siasatan mendapati lelaki itu pemandu kereta Proton Saga terbabit.

"Siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil bagi membantu siasatan.

"Mereka boleh menghubungi talian 24 jam 09-2716086 atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Temerloh, Inspektor Nadia di talian 010-5726827," ujar beliau kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-1-2023 07:48 AM
Jenis tukar laluan tak bg signal ka pakcik?
Tak pasal2 aje x70 kena gi buat report plak..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.534363 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top