CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Baby Bump. Isteri Fizo Omar Hamil Lagi?

19-1-2023 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2340| Komen: 5

Perkongsian pelakon dan usahawan, Fizo Omar meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada tubuh badan isterinya iaitu Fazeera Nazri.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram, Fizo dan isteri sedang menjalani penggambaran di studio bersama bayi mereka, Wan Khaleeda.


Lebih menarik, ketika penggambaran tersebut dijalankan, Fazeera tampil manis mengenakan hijab serba cerah.

Foto: IG

“Mula-mula agak nervous sebab nak photoshoot dengan baby. Alhamdulillah, baby Khaleeda bagi kerjasama dengan baik. Korang tengok la santai je. Layan je baby Khaleeda ni,” kongsi Fizo.

Namun apa yang menjadi tumpuan warganet adalah tubuh badan Fazeera yang seakan-akan sedang hamil.



Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet mendakwa terlihat baby bump Fazeera.

Bagaimanapun, Fizo tampil memberi reaksi terhadap komen-komen tersebut dengan menyatakan ia hanyalah isi makanan.

“Yeke, macam isi makanan je tu,” balas Fizo kepada seorang pengguna.



Untuk info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 19-1-2023 05:56 PM
Alahaiiii netizen pun...sibuk setiap inci nak diteliti
Kadang2 effect baju tu...lipatan yg ada kat baju tu buat kita nampak mcm pregnant
Kadang terbuncit sikit...biasa lah lepas bersalin kan
Semua bnda pun nak dipersoalkan
Quote CikDaNdeLi0n 19-1-2023 06:04 PM
Anak theyols sejibik muka mak pijo
Quote Meiizu 19-1-2023 07:03 PM
Pandai pun pijo cari duit
Quote LadyCarefree 19-1-2023 09:00 PM
ooo sebab tu minik gigih post bideo bagi nampak dia ibu tiri mithali pada maryam.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.032936 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top