CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Sedih Tengok Puteri Sarah Tapi Tak Takut Kahwin Lagi

19-1-2023 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 724| Komen: 0

Nadia Brian turut berduka dengan kemelut rumah tangga yang melanda pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Menurut Nadia yang merupakan rakan baik kepada Sarah, dia bersimpati dengan apa yang berlaku dan hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka dan keluarga.


Foto: IG

“Sebagai sahabat Sarah, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya. Untuk masuk campur, tidak. Tetapi, tidak dinafikan saya juga tumpang bersedih dengan apa yang terjadi.

“Bukan hanya saya, malah semua orang yang mengenali Sarah dan ada dengannya turut merasainya.

“Tak ada menyokong mana-mana, saya harap mereka dapat selesaikan masalah dengan baik dan dipermudahkan semua urusan,” katanya.



Selain itu, Nadia turut menasihati Sarah untuk menjaga kesihatan mental serta mengutamakan kebahagian diri sendiri terlebih dahulu.

Disoal mengenai timbul kebimbangan untuk kembali berkahwin, Nadia percaya setiap pasangan mempunyai ujian rumah tangga yang berbeza seharusnya dijadikan sebagai pengajaran.



“Setiap manusia ada ujian dan ada cerita masing-masing. Apa yang baik, kita ambil sebagai contoh, manakala yang buruk dijadikan teladan.

“Saya tidak melihat pelbagai isu yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga sebagai alasan untuk takut berkahwin lagi,” ujarnya.



Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun berpisah pada 2 April 2021. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.024094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top