CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nampak Orang Pakai 'Dress' Dan Rambut Mengerbang, Seronok Tak Panas,"-Hannah Delisha Mengaku Susah Istiqamah Bertudung

19-1-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8096| Komen: 75

Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.


Foto: IG

"Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.

"Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.



"Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai 'dress' dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.

"Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan," kata Hannah.

Tambahnya lagi, dia juga pernah terlintas mengenai maksud komen "semoga istiqamah" yang sering ditinggalkan di akaun selebriti wanita yang sudah berhijrah.


"Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.

"Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah," kata Hannah.



Sekitar September 2020, pelakon berasal dari Singapura itu berkongsi mengenai sebab dia bertudung menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube.

Hannah menerusi perkongsian yang sama, berharap video yang dimuat naik itu akan menjadi inspirasi kepada wanita Islam lain yang berdepan keraguan sama.


Terdahulu, Hannah dan suaminya yang juga pelakon di Singapura, Imam Shah mengejutkan ramai apabila keduanya mendedahkan mengenai perkahwinan mereka di laman media sosial masing-masing pada 18 Februari 2021. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 19-1-2023 11:33 PM
Apoooo yg ko ckp kan ni mekk lisyahhhh
Quote LadyCarefree 20-1-2023 04:31 AM
sendunya lepas kahwin. lakinya tetap membiawak ke?
Quote rain2169 20-1-2023 08:24 AM
soooo pretty.....
Quote afie_m 20-1-2023 09:13 AM
cantik dia ni
Quote epullipan 20-1-2023 09:44 AM
ko nak hint netizen ke dik yang maybe ko pon akan bukak balik tudung ko..triggered ayat dia "Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai 'dress' dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas"...seronok tak panas kat sini..kat sana panas nanti
Quote MsCinderella 20-1-2023 09:47 AM
panas lagi api neraka dik......
Quote lightheaded67 20-1-2023 09:49 AM
entahlah zis delicia. tp ape ape pun bak kata acik dory, just keep swimming huhu
Quote jambatannetizen 20-1-2023 09:50 AM
epullipan replied at 20-1-2023 09:44 AM
ko nak hint netizen ke dik yang maybe ko pon akan bukak balik tudung ko..triggered ayat dia "Contohn ...

Dia ada package, tapi sayang tak mo gunakan betul2. Settle down cepat sangat! Pakai tudung pun awal. Khawin dgn lelaki rupa mcmtu je lahh. Personality? Bosan.
Quote Shahman86 20-1-2023 09:51 AM
jambatannetizen replied at 20-1-2023 09:50 AM
Dia ada package, tapi sayang tak mo gunakan betul2. Settle down cepat sangat! Pakai tudung pun awa ...

Dia ni patut sambar syed saddiq
Quote mamajawie 20-1-2023 10:03 AM
dia ni kalu free hair balik iollss maafkan sebab dia ni so cantik n kiut..
Quote deebiz14 20-1-2023 10:18 AM
Cara sheols menudung pun da nampak leher kekadang.

Nyway sheols ni berbakat bleh blakon bleh nyanyi dan takde kontroversi sgt jadi bila da kawen lepas tu betudung cam sayang gitu. Da sah2 market ko da terhad.

Tapi kalo sheols off tudung pun meols rase bakalan diterima netz jer. Gasak ko la asalkan lakik ko kasi green light.

Quote cm_vungtau 20-1-2023 10:22 AM
Nasib la dik, siapa suruh terikut sangat permintaan netizen.
Quote yatie86 20-1-2023 11:06 AM
Dia ni pkai tdung ke xpkai tdung ke ttp cntik la.
Quote krustykrab 20-1-2023 11:30 AM
cm_vungtau replied at 20-1-2023 10:22 AM
Nasib la dik, siapa suruh terikut sangat permintaan netizen.

Kan...ko tu muda lg, hormon tergedik² pun masih byk, kalau nk bertudung tu jgn duduk dlm industri seni dah. Ikutkn sgt ckp netizen acah² mufti tu..padahal diorg pun 2x5. Kalau alim sgt yg duk tgk drama² kat tv tu buat pe.
Quote anony-mous 20-1-2023 11:46 AM
Dari dlu i pesan xpyh bertudung sbb tgk pon tau HD ni jenis xkuat punya utk istiqamah. I bet she akn free hair nanti
Quote Lampuled 20-1-2023 11:47 AM
Cantik la dia ni, kerja pun nmpak professional, gosip liar pun takde.
Quote akuHavocczz 20-1-2023 11:49 AM
Iols speku dia pakai tudung sebab tok laki dia
Quote TerataiMelur02 20-1-2023 11:52 AM
deebiz14 replied at 20-1-2023 10:18 AM
Cara sheols menudung pun da nampak leher kekadang.

Nyway sheols ni berbakat bleh blakon bleh nyany ...

Dia kene belajar macam mana nak gedik manjahh versi hijabista dengan mira basic
Quote Minami2013 20-1-2023 11:53 AM
I paham je maksud dia sbb kdg2 i terfikir mcm tu jugak. Bila angin kuat rambut mengerbang tu sejuk nyaman je rase berbanding kalo bertudung yg dok risau tudung terkelepet.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.034199 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top