Susulan pelakon Sharnaaz Ahmad dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu, seorang pengguna Twitter menggelarnya sebagai samseng.
Menerusi ciapan yang dibuat individu berkenaan di Twitter, dia menegur kelakuan Sharnaaz yang sepatutnya menjadi contoh kepada peminat selain memberi amaran pelakon itu belum bertemu lawan yang setanding. "Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya kepada peminat. "Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding," tulis individu berkenaan. Dalam pada itu, Sharnaaz yang menjawab ciapan tersebut berkata, dia tidak kisah jika digelar mafia kerana berjuang untuk diri sendiri adalah caranya mempertahankan diri.
Kata Sharnaaz, dia diajar oleh bapanya agar bangkit dan melawan sekiranya 'dipijak' namun berterima kasih atas nasihat yang diberikan kepadanya. "Baik pakcik. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan. "Saya okay sahaja mana-mana pun. Mafia pun okay, popia pun okay. "Yang penting bila dipijak, bangun dan pijak balik. Itu ayah saya yang ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya pakcik," tulis Sharnaaz.
|
doubleA replied at 19-1-2023 09:42 AM
Kaknab lagi “samseng” dari dia, gangster taik kucing menikus terus kena dgn kaknab sekali di ...
doubleA replied at 19-1-2023 05:42 PM
Kaknab lagi “samseng” dari dia, gangster taik kucing menikus terus kena dgn kaknab sekali di ...
ADVERTISEMENT