CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sean Lee Tengh Cari Calon Isteri, Tapi lelaki Pula Yang Ramai DM Nak Berkenalan

19-1-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3056| Komen: 31

Sean Lee mensasarkan usia 30 tahun untuknya menamatkan zaman bujang dan membina keluarga.

Namun, kata Sean atau nama sebenar, Sean Lee Jia Ern, 29, sampai hari ini dia masih belum bertemu calon isteri yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya.


Foto: IG

"Jika nak diikutkan saya mahu berkahwin dan membina keluarga lebih awal pada usia 25 tahun.

"Sayangnya, hubungan percintaan yang terjalin sebelum ini putus dan tidak berakhir dengan perkahwinan seperti diharapkan.



"Terus terang, saya sudah beberapa kali putus cinta dan dilukai bekas kekasih dalam hubungan percintaan sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.

Mengenai kriteria gadis idaman pula, Sean juga pengacara program realiti Famili Duo di TV3 berkata, dia tidak kisah wanita itu kalangan artis mahupun orang biasa.



"Saya juga tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan gadis Melayu.

"Saya pernah beberapa kali putus cinta dan dilukai termasuk dengan gadis Melayu ketika zaman kolej dulu. "Saya sendiri tidak faham alasan mereka untuk memutuskan hubungan kerana mereka mendakwa saya terlalu baik," katanya.



Ditanya jika ada gadis yang menghantar Direct Message (DM) untuk berkenalan dengannya di laman Instagram, Sean mengakui perkara itu.

"Saya ada terima DM dari beberapa gadis yang turut menghantar gambar berpakaian seksi mereka di Instagram tapi saya tidak membalasnya.

"Bukan saja gadis, saya juga terkejut ramai juga lelaki yang berani DM saya untuk berkenalan di Instagram ," katanya.



Terdahulu, Sean mula dikenali menerusi watak Joe dalam drama bersiri Keluarga Pontimau pada 2015.

Karier lakonannya semakin berkembang kerana kerap berlakon dalam drama Melayu popular seperti Sweet Dreams, 7 Hari Mencintaiku 2 dan 7 Hari Mencintaiku 3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 19-1-2023 03:56 PM
Akak komen sebab akak nak +1 tacang dekkkkk…..
Quote shernazz 19-1-2023 04:03 PM
Beso ke isu mamat ni nak cari bini?
Boleh naikkan ekonomi ke?
Quote shi_jewel 19-1-2023 04:05 PM
hanya mereka yang kenal mereka
Quote supernaturalee 19-1-2023 04:12 PM
ting ting tang ting tara ting ting tng touch n go


Quote ezacbee 19-1-2023 04:27 PM
Tahniah la bakal isteri
Quote hyie 19-1-2023 04:37 PM
heshe gayah ke? iols rasa heshe traight jah sis. Haruslah hadek2 bergetar mutiara khorsani khuenz
Quote hanipinky 19-1-2023 04:53 PM
hyie replied at 19-1-2023 04:37 PM
heshe gayah ke? iols rasa heshe traight jah sis. Haruslah hadek2 bergetar mutiara khorsani khuenz

Ditto, I can guarantee you that he's a straight guy, no bengkang bengkok
Quote virgocircus 19-1-2023 04:59 PM
Nnt berduyunlah yg dm tuk cuba nasib...huhu
Quote love_warrior 19-1-2023 05:01 PM
Bkn dh ada gf ke sblom ni. Model
Quote DeLuna85 19-1-2023 05:13 PM
Selamat mencari. Selamat memilih.
Quote electricopop 19-1-2023 05:33 PM
hyie: heshe gayah ke? iols rasa heshe traight jah sis. Haruslah hadek2 bergetar mutiara khorsani khuenz


Hahahaha. Mutiara Khorsani namanyeeee! Pengsannnn!!
Quote kakigojes 19-1-2023 05:39 PM
pooh~key replied at 19-1-2023 03:56 PM
Akak komen sebab akak nak +1 tacang dekkkkk…..

Nak kacang siapa akak…btw haritu I ada baca komen sis, kata nak cari Hidayah dulu Tapi skrng jumpa (something) I lupa. Tapi kelakar la komen tu
Quote pooh~key 19-1-2023 06:26 PM
kakigojes replied at 19-1-2023 05:39 PM
Nak kacang siapa akak…btw haritu I ada baca komen sis, kata nak cari Hidayah dulu Tapi skrng jump ...

Akak glad dapat hiburkan kau sister.

Namun akak jua lupa ya komen yang mana sis maklumlah banyak sangat akak komen dalam sehari sis.
Quote ashcroft86 19-1-2023 06:29 PM
Shomellll dan klakar. Aura cool guy yg membuak2. Love Sean!!!!
Quote dudaberhias 19-1-2023 06:30 PM
kat mana nak sign up? agittewwww...

tapi tu la kekurangan heshe cuma katik jah
Quote Mimicomel 19-1-2023 06:56 PM
Ex-gf dia influencer dulu..comel jugak lupa nama dia. Selalu jadi model brands baju kurung mcm misslilyshop cmtu
Quote tom2 19-1-2023 07:02 PM
kakigojes replied at 19-1-2023 05:39 PM
Nak kacang siapa akak…btw haritu I ada baca komen sis, kata nak cari Hidayah dulu Tapi skrng jump ...

Tiba2 i nak nyampuk, rasanya sis pooh nak cari taufiq.
Quote kakigojes 19-1-2023 07:09 PM
pooh~key replied at 19-1-2023 06:26 PM
Akak glad dapat hiburkan kau sister.

Namun akak jua lupa ya komen yang mana sis maklumlah bany ...

Oh I ingat.., dulu nak cari hidayah, sekarang nak cari Taufiq
Quote kakigojes 19-1-2023 07:09 PM
tom2 replied at 19-1-2023 07:02 PM
Tiba2 i nak nyampuk, rasanya sis pooh nak cari taufiq.

Betulll sangat2.. kalau I boleh bagi bunga, I kasi dah se-rose

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.101829 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top