CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aidil Aziz Dan Fasha Sandha Teruja Tunai Umrah Bersama

19-1-2023 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3411| Komen: 21

Aidil Aziz berkongsi keterujaan bakal menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Fasha Sandha buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri.

Aidil berkata, segala urusan dipermudahkan buat mereka yang bakal berangkat ke Tanah Suci esok.


Foto: IG

Malah, anak mereka juga bakal diuruskan oleh ahli keluarga terdekat.



"Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.

"Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.



"Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu," katanya.

Aidil berkongsi perancangannya ke Tanah Suci ketika ditemui di majlis pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) yang bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, baru-baru ini.

Kongsi Aidil lagi, perancangan untuk membawa isteri menunaikan umrah sudah lama namun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani virus Covid-19.



"Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.

"Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar," kata Aidil lagi.

Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.





Sebelum itu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 19-1-2023 11:50 PM
Pasha ni sejak kawin dgn aidil npk la wangi sikit
Dulu dgn jejai sama2 npk kepam dgn rambut toncet 24jam
Quote bintangct 20-1-2023 12:05 AM
yg pakai seluar ketat tu bila?

Quote telracs 20-1-2023 09:11 AM
Saya soft spot fasya ni sejak dia mula jadi isteri aidil.
Dedulu saya team nora sebab nampak fasya suka provoke.
Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah.
Keluarga Aidil pun menerima fasya dengan baik, perkahwinan direstui. Itu juga menjadi penyebab keharmonian hidup dia sekarang. Semoga berbahagia sehingga ke syurga, amein.
Lagi suka tengok fasya berbaik-baik dengan fazura.
Semoga semuanya baik-baik sahaja sehingga ke akhirnya.
Quote lightheaded67 20-1-2023 10:10 AM
mudahan mabrur zisss kt sana jgn bnyk pikir, bukannya lama 2 minggu, jgn lupa guna kan lah masa sebaik baik nya gitu huhu
Quote lyshafull 20-1-2023 10:52 AM
Semoga dipermudahkan urusan fasha dn aidil dn keluarga
Nmpk dia sgt bahagia dgn lelaki yg betul banyk belaja dri kesilapan
Dulu zaman2 dia dgn faz byk gaduh sana sini
Alhamdullilah masg2 dh matang and berubah
Quote mizruncing 20-1-2023 11:09 AM
bestnyaa. semoga dipermudahkan semuanyaa
Quote virgocircus 20-1-2023 11:36 AM
Nampak elok terletak dia pakai tdg faz tu. Ayu...
Quote afie_m 20-1-2023 12:07 PM
semoga dipermudahkan segalanya utk fasha & aidil
Quote hotmak 20-1-2023 12:37 PM
alhamdulilah tahniah, moga selamat pergi dan kembali, lawa fasha
Quote ketupatnasi 20-1-2023 05:21 PM
Semalam balik kursus tersama coach ETS dgn beliau.
Semerbak wangi satu coach. Mujur bau kayangan, kalau Malaikat Subuh harus aku fengsan
Quote jihyomelly 20-1-2023 05:46 PM
selamat pergi selamat balik pasha & aidil..
Quote adelea 20-1-2023 08:38 PM
Dapat laki elok je jadinya …
Suka fasha ni … sbb dia ni follow the flow je…
Quote rosevelvet 20-1-2023 09:20 PM
bintangct replied at 20-1-2023 12:05 AM
yg pakai seluar ketat tu bila?

Tu la. Rasanya baru lg pkai suar ketat nmpk montot 2ketol. Sbb sheol dh bhempas pulas utk kurus. Agaknya itu yg gigih pkai ketat.
Quote SpyLeman 20-1-2023 10:50 PM
Baru nmpk FS ni ada life yg teratur. Masa jd menantu keluarga prominent blh rasa stress nya hidup dia. Jodoh awal x semestinya bahagia, penceraian utk belajar perbetulkan kesilapan. Moga jejai pun ketemu wanita yg baik, jgn kejar sgt rupa. Dah pernah dapat 2 org wanita hot tapi tak bahagia.
Quote Kancilkering 21-1-2023 09:48 AM
bawak anak anak sekali ok le tu….el bulus pun bawak kids dia…
moga dipermudahkan urusan ibadah……
Quote Safirania 21-1-2023 10:21 AM
Suka sangat tengok pasangan ni. Nampak ikhlas kebahagiaannya tu . Tapi i memang minat fasha dari zaman2 dia berlakon dgn siful apek lagi.
Quote JiEunTak 21-1-2023 11:10 AM
Makin chantekk fasha ni
Dah kurus pun
Mujoq laa bercerai ngn jujai dan berkawen ngn aidil
Wpun ramai kecam laki dia dlu, tapi laki ni gak hat bleh bawa dia pi umrah
Harap2 pasni balik ni jgn pakai ketat2 dah naa fashaa...
Hg ni dah sedia lawa....
Quote Cekgushilla 21-1-2023 11:53 AM
bintangct replied at 20-1-2023 12:05 AM
yg pakai seluar ketat tu bila?

2-3 ari lepas
P cari jubah nk bwk pakai kt sana kot hahaha
Quote Diamondmoney 21-1-2023 01:00 PM
SpyLeman replied at 20-1-2023 10:50 PM
Baru nmpk FS ni ada life yg teratur. Masa jd menantu keluarga prominent blh rasa stress nya hidup di ...

Aku slalu baca dulu ada yg ckp lelaki paling untung dlm malaysia ni 2
Yusri dgn jejai

Sb berbini kan pompuan yg cntik

Tp tak pernah baca lg komen dr org lelaki yg sol tu lelaki yg beruntung

Ot . Sori

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.101023 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top