CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kantoi Mencuri- Masuk Pakai Kasut Lain, Keluar Ambil Kasut Lain "Takkanlah Muda-Muda Dah Lupa?"

19-1-2023 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1807| Komen: 14

Ini bukan tersilap, ini tercuri!

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video memaparkan tindakan seorang wanita yang didakwa mencuri sepasang kasut di sebuah butik.


Aksi wanita tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.



Menerusi video berdurasi 1.49 minit yang kini tular di media sosial itu, wanita berkenaan yang datang berseorangan dilihat memasuki sebuah butik barangan kecantikan dan alat solek.

Sebagaimana pelanggan-pelanggan lain, dia turut menanggalkan kasut yang dipakai, iaitu sneakers berwarna putih, dan meninggalkannya di pintu premis berkenaan.

Tidak lama kemudian, dapat dilihat kelibatnya membuka pintu butik untuk keluar dari premis berkenaan.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak segera memakai kasutnya yang jelas kelihatan di hadapan pintu, sebaliknya dia mundar mandir di hadapan butik itu dengan hanya berstoking buat seketika sambil memegang telefon bimbit.




Beberapa saat kemudian, dia kembali berdiri di hadapan pintu seolah-olah sedang mencari kasut miliknya.

Namun apa yang mencurigakan, wanita tersebut kelihatan seperti terlupa dan tidak dapat mengenal pasti kasutnya sedangkan ia langsung tidak berubah dari tempat asal.

Tambahan pula, kasutnya tidak sukar untuk dibezakan dengan kasut-kasut pelanggan lain kerana warnanya putih, malah hanya ada kurang daripada 10 pasang kasut di hadapan premis berkenaan.

Selepas beberapa ketika, dia kemudian mencapai sepasang kasut lain yang berwarna hitam bercampur merah jambu, dan dengan selamba menyarung ke kakinya sebelum terus berlalu.

Video rakaman CCTV itu kemudian dimuat naik oleh butik kecantikan berkenaan di aplikasi TikTok, bagi meminta warganet mengesan gerangan wanita berkenaan.

"Awak tersilap ambil kasut. Kita contact awak tak dapat. Tolong contact kita untuk pulangkan.

"Siapa kenal? Tolong share geng TikTok," demikian kapsyen pada video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih 503,000 jumlah tontonan.

Video tersebut turut tular di laman Twitter selepas dikongsikan di akaun @jalalmisai.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen mengesyaki wanita berkenaan sememangnya berniat untuk mencuri kerana gelagatnya yang aneh dan mencurigakan.

Walaupun ada segelintir netizen yang cuba untuk berbaik sangka, namun ramai tetap berpendapat tidak logik untuk wanita tersebut terlupa kasut sendiri.

"Tunggu line clear baru buat kerja. Dah tahu taktik macam ni. Jaranglah orang muda dapat penyakit lupa.

"Bukan lupa ni sebab dia pandang kasut tu lepas keluar. Lepas keluar, macam tengah cover line fikir sesuatu.

"Ini bukan lupa. Jaranglah orang perempuan lupa bab ni... orang perempuan ni lagi teliti," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang mencadangkan agar pemilik premis mewujudkan ruangan khas untuk kasut pelanggan sekiranya mengaplikasikan konsep menanggalkan kasut, bagi mengelakkan insiden seumpamanya berulang. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 19-1-2023 04:29 PM
aku pon pernah experience mcm ni, teman officemate gi masuk butik2 sugar skap, bella amara ni kan jenis kena buka kasut, kedai ni mmg bukan taste aku le so byk le masa melilau peratikan org, ada acik ni (bertudung dan gundu) selamber je ambil ambil kasut aku nak masuk dlm bag dia, aku terus sound dia kasut dia pegang tu kasut aku, baru eh mcm eehhh tak perasan pula, similar kata nya kasut dengan dia. ehhh.... ko pakai kasut viki je pon masa tu mmg jauh panggang dari api
Quote supernaturalee 19-1-2023 04:45 PM
nape dek
ko sengaja ke atau ada sindrom blurgh2


btw klu ada rak kasut dpn kedai ni mungkin nmpk lbh nice
Quote amon_79 19-1-2023 04:53 PM
iols cukup rengsa dan menyampah nk masuk butik or kedai yg kena buka kasut neh
Quote Suchi 19-1-2023 05:54 PM
amon_79 replied at 19-1-2023 04:53 PM
iols cukup rengsa dan menyampah nk masuk butik or kedai yg kena buka kasut neh

Butik muslim mmg selalu kena buka kasut tp skrg ada yg tak buat camtu
Yelaa naya kat pelanggan hilang kasut bagai, mau dtg pakai selipar jepun je.
Mcm iols mmg stenbai selipar dlm keta kegunaannya bila singgah tempat2 yg berpotensi tuk hilang kasut ni laah.
Quote cmf_premierleag 19-1-2023 06:03 PM
Kowser nak masuk butik2 kedai2 yg kene bukak kasut bagai
Ko ingat ni rumah ke hapa eh?
Quote cmf_premierleag 19-1-2023 06:05 PM
Selalunya kedai2 yg suruh bukak kasut no mesti kat bangi
Pastu dh menular ke shah alam
Sib baik akak suka cikcur kt area cinkies jah..OU, DU,SS2
Quote krustykrab 19-1-2023 06:10 PM
Knp eh kedai² ni nk pelanggan buka kasut...kalau malas nk cuci baik jgn buka kedai
Quote pooh~key 19-1-2023 06:19 PM
Perasan tak selalunya yang mencuri ni sejenis luaran nampak muslimah dek?
Quote akies 19-1-2023 06:20 PM
Kalau area butik kt bangi banyak jenis bukak kasut.
Lepas kasut bersepah kt ruang pejalan kaki.
Quote matchstick 19-1-2023 06:24 PM
Mcm mana boleh contact pompuan tu mtk pulang kasut..masuk kedai tu kena tulis no fon ke
Quote Belibis 19-1-2023 08:53 PM
Kalau lupa kasut sendiri pun logik..sebab dia masih duk kat kerusi dengan kasut ' baru'.
Quote antikorok 19-1-2023 09:42 PM
Pencuri rembat kasut org lain kemudian yg kena rembat ambil selipar org lain dan proses itu bergilir-gilir sampailah akhir sekali tinggal selipar masjid pun kena ambil dgn mangsa yg last sekali tersenyum sinisss gaytohhh
Quote eyansss 19-1-2023 10:18 PM
aku ni kalau terpaksa gak cari baju kat bangi tu, memang pakai selipae jepun buruk je…
Quote Decaffeinated 19-1-2023 11:45 PM
Aku memang pangkah lah kedai yang suruh customer buka kasut ni. Hanat sangat.



Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048948 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top