CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Serbaneka Tampil Mohon Maaf Tampal Notis 'Hanya OKU Tak Buang Lepas Makan'

19-1-2023 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2391| Komen: 28

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu notis peringatan yang ditampal di sebuah kedai serbaneka di ibu negara, meminta pelanggannya membuang sampah dan mengemas meja selepas makan.

"Tolong buang lepas makan. Hanya OKU (orang kelainan upaya) tak buang lepas makan," demikian arahan yang tertulis pada notis tersebut.

Notis tersebut tular dan meraih perhatian warga maya selepas dimuat naik oleh seorang individu di laman Twitter.




"Nak bagi peringatan kepada pelanggan, tak ada masalah. Tapi, perlu ke buat perumpamaan seolah menghina golongan OKU begini?" demikian ciapan yang mengiringi gambar notis tersebut.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Family Mart NU Sentral.

Perkongsian tersebut yang dimuat naik pada pada Selasa meraih lebih 1,300 ulang kicau.

Menjengah laman komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap pihak pengurusan premis yang seolah-olah langsung tiada sensitiviti apabila mengaitkan golongan OKU dalam memberi peringatan kepada orang awam.


Mereka berpendapat, notis tersebut seperti menyamakan orang yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan dengan OKU.


"Setakat tulis 'Tolong buang selepas makan' pun dah cukup. Tak perlu nak tambah ayat lain. Ini bukan tak ada common sense. Tapi jenis yang mengikut perasaan. Emotional melebihi dari akal fikiran.

"Selalu macam tu la, suka guna kekurangan orang untuk nak nampak kekurangan orang tu paling teruk. Harap budak-budak yang buat mesej macam ni pergi sekolah balik belajar adab.

"Adik aku yang OKU pun reti buang sampah, basuh pinggan lepas masak.

"Nak 'savage' tapi kurang peka dan sensitif; dah la kawasan situ memang ramai golongan OKU. Patut dah biasa kerja situ lagilah cakna," demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, kedai serbaneka tersebut memberi maklum balas dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Satu siasatan segera dan tindakan menanggalkan notis telah dilakukan. Kakitangan di premis itu juga diberi arahan tegas untuk memastikan perkara ini tidak berulang. Sekali lagi, kami memohon maaf," demikian kenyataan tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-1-2023 01:47 PM
Ada tempat tepi jalan..org suka buang sampah
Pastu ada sorang ni letak signboard "hanya monyet je buang sampah di sini"
Entah menjadi ke tak entah
Quote nononcrux 19-1-2023 01:51 PM
ntah la salah siapa
Quote laqoyah 19-1-2023 01:53 PM
Letak je.. ko pikir kedai ni atok ko punya?
Quote arasham 19-1-2023 02:10 PM
shernazz replied at 19-1-2023 01:47 PM
Ada tempat tepi jalan..org suka buang sampah
Pastu ada sorang ni letak signboard "hanya monyet je bu ...

Kat kg ni ada masalah org buang sampah domestik ni tepi jalan/bahu jln. Pas tu pantang ada tanah kos g mmg tpt melonggokkan sampahlah. Tuan tanah dtg tgk(dia tak duduk kg) dengan sedih dia ckp, org2 yg buang sampah tepi jalan ni dia buang sekali iman dia. Sbb kebersihan part of iman..
Quote lolita737 19-1-2023 02:26 PM
owh..family mart ke..maybe pekerja family mart stress namanya je family mart tapi terpaksa bekerja seorang diri..xkena dengan nama kedai..
Quote shernazz 19-1-2023 02:44 PM
arasham replied at 19-1-2023 02:10 PM
Kat kg ni ada masalah org buang sampah domestik ni tepi jalan/bahu jln. Pas tu pantang ada tanah k ...

Tu la kaka..
Iols tengok tu kat kampung3 jua lah..
Mmg teruk sampai sofa2 pung dibuang situ juga
Pening la owner tanah kalau kotor2 gitu...
Nak bersihkan pung makan masa dan duit jua
Quote afie_m 19-1-2023 03:03 PM
staff dah geram sgt lah tu..
Quote delia3003 19-1-2023 04:23 PM
Family mart sekarang ni malas nak masuk sbb kaunter express tak bukak. Semua beratur kat kaunter oden untuk bayar, slow macam siput. Time Q panjang, tak reti2 bukak kaunter express.
Quote pooh~key 19-1-2023 04:30 PM
delia3003 replied at 19-1-2023 04:23 PM
Family mart sekarang ni malas nak masuk sbb kaunter express tak bukak. Semua beratur kat kaunter ode ...

Kalau depa bukak counter tu siapa pulak nak kerja tekan tek tek tek register machine tu kalau dah pekerjanya tak cukup sisssss? Alahai sis.
Quote delia3003 19-1-2023 04:33 PM
pooh~key replied at 19-1-2023 04:30 PM
Kalau depa bukak counter tu siapa pulak nak kerja tekan tek tek tek register machine tu kalau dah  ...

Staff bukan sorang je kerja, biasa ada 2-3 orang. Time Q panjang tu boleh je bukak jap. Bukan diorang tak pernah buat pun.
Quote namieamuro 19-1-2023 04:40 PM
realitinye mmg ramai pemalas nk buang sampah ditempat yg btl kan? pegi mekdi, dh abes mkn, bukan reti nk g buang pastu letak tray kt tmpt die. pemalas btl. family mart tu pn same jela. dh abes mkn oden,biar je mangkok tu kt situ
Quote LoveSungmin 19-1-2023 05:00 PM
family mart ni punya selow memang tak boleh bawa bincang.. kadang² rasa sakit hati je nak membeli..
Quote Tinot7 19-1-2023 05:04 PM
Iols maleh kat komen tapi fm kat mcop mall tuh blakang kaunter tu bknnya bersih pun.. so mmg iols dah cuba tak pi sana selagi voley..
Quote babelina 19-1-2023 05:55 PM
arasham replied at 19-1-2023 02:10 PM
Kat kg ni ada masalah org buang sampah domestik ni tepi jalan/bahu jln. Pas tu pantang ada tanah k ...

knnn.. tmpt i ols dh la longgok.. dtg pula monyet lerai2kn..sepah2kn.. lg la sakit mata tgk..patut kg disediakn tong sampah kn.. mcm kt Johor tu.. bersih jer kg2 dorg..
Quote Skuau 19-1-2023 06:21 PM
delia3003 replied at 19-1-2023 04:33 PM
Staff bukan sorang je kerja, biasa ada 2-3 orang. Time Q panjang tu boleh je bukak jap. Bukan dior ...

FM kt tmpt aku pung camni..ada 2-3 pekerja..tp buka 1 kaunter jer..kadang geram..bila tunggu drng masak..sedangkan kita amik,scan,bayar dan blah jer..x sampai 1 minit...pung.
Quote pooh~key 19-1-2023 06:24 PM
delia3003 replied at 19-1-2023 04:33 PM
Staff bukan sorang je kerja, biasa ada 2-3 orang. Time Q panjang tu boleh je bukak jap. Bukan dior ...

Tak sister. Tempat akak kerja family mart tak cukup staf akak syak sebab tak ramai nak kerja tempat macam begitu kena berdiri 12 jam gayyytuh sis. Orang sekarang dah pandai theols lagi rela kerja grab rider jah dek. Ini akak tahu sebab akak nampak trend ni akak kerja cari pekerja kat opis akak, akak tahulah sister. Family mart tempat akak ni memang punyalah short staffed sampaikan theols tampal notis opening hours kedai start tengah hari baru bukak for customers sis.
Quote arasham 19-1-2023 07:51 PM
babelina replied at 19-1-2023 05:55 PM
knnn.. tmpt i ols dh la longgok.. dtg pula monyet lerai2kn..sepah2kn.. lg la sakit mata tgk..patut ...

Kg mcm tu bayar cukai pintu. Kg tradisi tak bayar cukai pintu. Cuma cukai tanah je.
Quote delia3003 19-1-2023 08:05 PM
pooh~key replied at 19-1-2023 06:24 PM
Tak sister. Tempat akak kerja family mart tak cukup staf akak syak sebab tak ramai nak kerja tempa ...

Area rumah dengan ofis ada 2-3 orang tapi kat kaunter sorang je, yang lelain lalu lalang restock barang, ambik itu ini. Bab tak cukup staff tu ye jugak. Tapi tak boleh ke diorang usahakan bukak express counter bila peak hours. I suka FM, desserts banyak sedap walaupun mahal tapi bila fikirkan slow bab nak membayar tu, bye bye je le
Quote _kelly 19-1-2023 08:33 PM
tak terkejut la kalau family mart..budak2 cashier pun punya la sombong macam kedai tu kau punya

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045545 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top