Ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail masih lagi bersedih mengenangkan nasib menantu kesayangannya itu meskipun menyokong penuh tindakannya memfailkan cerai terhadap suami, pengarah Syamsul Yusof.
Patimah berkata, sebagai seorang ibu, dia mahu melihat Puteri Sarah bahagia dan merasakan sudah cukup derita ditanggung aktres berkenaan selama ini. "Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita," katanya. Patimah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu turut berkongsi kata-kata semangat yang dipercayai ditujukan khas buat menantunya tersebut. "Saya berharap kamu diberikan kekuatan untuk mengharungi cabaran dengan penuh keyakinan dan kebijaksanaan dalam memilih jalan terbaik. "Saya berharap perjalanan yang terbaik untuk kamu dan berhenti membantu orang sepanjang masa. Dengar kata hati dan ambil risiko dengan teliti," katanya.
Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Tindakan itu dibuat Puteri Sarah selepas Syamsul mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka baru-baru ini. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. -CARI Sumber: mStar Online
|
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 05:14 PM
Kami berhrp akan dtf jgn pula berlaga pipi dgn menantu br n besan...sat2 g kuar statement buang yg k ...
dua_chzy replied at 19-1-2023 01:29 PM
Aiol benci Sajat tapi boleh pulak tergelak tengok dia panggil Ira Kazar, DBKL.
Straya replied at 19-1-2023 05:36 PM
Untung PS dapat mak mertua yg sayang dia macam anak sendiri walau malang dpd husband mcm sol
ADVERTISEMENT