Kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menggantikan Jihan Muse yang cuti bersalin sebelum ini diterima baik sehingga ada meminta kedudukan penyanyi dan pelakon itu dikekalkan.
Ramai menyifatkan Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina berjaya menghidupkan program tersebut dengan aksi bersahajanya selain memberi nafas baharu terhadap program popular berkenaan. Mengulas mengenai perkara tersebut, Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, berkata, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro berhubung persoalan sama ada dia bakal kembali menerajui program tersebut atau sebaliknya. Kata Jihan, sebagai seorang pekerja yang mengikut kehendak stesen televisyen, dia tidak mempunyai hak untuk mengekalkan kedudukan sebagai hos program tersebut. "Saya tak berani cakap sebab itu keputusan pihak Astro. Kalau mereka rasa itu lebih baik, mungkin sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk program tersebut termasuk dari segi rating tontonan.
"Kita nak cakap apa... kita kerja makan gaji, kan? Kalau mereka kata masih perlukan saya, kita buat. Saya positif sahaja kerana bagi saya, Insya Allah rezeki itu sentiasa ada," katanya kepada mStar.
|
Saya rasa lagi 'boom' sebab sejujurnya sebagai penonton kita pun nak tengok benda baru. Tambahan pula negara baru habis PKP, semua penonton dapat berhibur dan saya rasa GV9 paling best," katanya.
ADVERTISEMENT