Hampir tiga tahun kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby aktif menyanyi, pelbagai pencapaian sudah diraih walaupun terus dikritik dan dikecam segelintir netizen berikutan imej seksi yang berani.
Namun, Dolla pasti matlamat mereka untuk menempatkan diri dalam industri seni tanah air sebagai kumpulan penyanyi wanita dikenali dan diminati sudah membuahkan hasil sebagaimana diharapkan. Dolla ketika ditemui baru-baru ini berkata, mereka bersyukur dan gembira dengan kejayaan sudah dikecapi. Tidak hanya itu, mereka juga bertekad mahu mengembangkan bakat masing-masing dalam pelbagai cabang seni. Dalam erti kata lain, Dolla mahu mengambil semua peluang yang datang dan terus bersemangat memartabatkan bakat mereka. Mengulas mengenai imej seksi Dolla yang berterusan menjadi perhatian netizen di media sosial, Tabby berkata, mereka lebih senang tidak mempedulikan komen negatif itu.
"Sebenarnya, kami baca semua komen itu, tapi kami tak 'koyak' kerana masih mendapat sokongan yang baik daripada peminat. Ternyata, ada ramai lagi yang tetap memberikan Dolla semangat. "Kami selesa melihat dari perspektif yang positif saja terhadap komen itu. Ia kerana ramai peminat Dolla sangat menghargai perjuangan muzik, bakat, kualiti lagu yang dirakam, personaliti kami dan sebagainya," katanya.
|
takkizawa replied at 19-1-2023 10:07 AM
Pada iolss ok la dolla ni. Takde la seksi semata. Bolela la nyanyi and joget pun boleh diterima. Tap ...
sangbara2020 replied at 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk
sangbara2020 replied at 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk
LadyCarefree replied at 20-1-2023 04:41 AM
better lah jugak dari the sara sisters hauk mauk tu
ohsoyaya replied at 20-1-2023 05:19 AM
Sara sisters i tgk dah mcm persembahan nyanyi akhir thn kt tadika tu. Mende deknon. Sorg je yg blh ...
sangbara2020 replied at 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk
Sazreena replied at 21-1-2023 02:44 AM
Kalau bab joget still x leh beat Defam. Tak minat memana group gegadis ni...just from my observation ...
Ferr_Remy replied at 21-1-2023 02:54 AM
Diorg lg power dr DeFam. Cuba g tgk BAD Dolla Dance Practice. Powerr woooo
ADVERTISEMENT