CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hawa Rizwana Nak Berlakon Pula

19-1-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2602| Komen: 22

Hawa Rizwana berkongsi pengalaman mengendalikan program hiburan sejak dua bulan lalu.

Memetik laporan EH!, pemilik nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Rezuan berkata, dia berasa puas apabila dapat menghiburkan penonton.


Foto: IG

“Penuh warna, colourful. Ia memberi ruang untuk saya tunjukkan sisi lain yang mungkin orang tak nampak bila saya membaca berita.

“Saya tonjolkan personaliti diri yang lebih relaks, mahu menghiburkan orang yang menonton. Bila kita berjaya membuat orang rasa terhibur, kita sendiri rasa gembira.



Disoal mengenai perancangan seterusnya, bekas penyampai berita TV3 ini ingin melebarkan karier seninya dengan berlakon.

“Saya ada beberapa goals yang mahu dicapai, tapi biar saya simpan sendiri kerana takut tak tercapai. Saya mahu cuba banyak benda, menerokai benda-benda yang sebelum ini berat hati hendak saya cuba.

“Apa yang boleh saya kongsi saya mungkin akan mula berlakon, memandangkan saya sendiri dah masuk dunia hiburan, mengapa tidak?,” kongsinya ringkas.



Menggantikan Neelofa dalam sebuah program hiburan, Hawa mengaku ia satu cabaran yang tidak boleh dielakkan. Malah mahu terus menjadi dirinya sendiri.

“Bagi saya itu satu cabaran tapi untuk deny apa yang orang kata saya tak boleh berbuat apa-apa kerana itu persepsi orang. Tapi saya harap pemilihan stesen TV untuk saya mengacarakan program hiburan adalah atas faktor lain.



“Harapnya mereka menilai berdasarkan tiga program yang saya dah buat sebelum ini. Untuk merubah penerimaan orang itulah cabarannya kerana berpandukan komen yang saya baca mereka suka membuat perbandingan.

“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri sehingga satu hari nanti orang melihat saya tanpa dibayangi sesiapa, saya mahu orang lihat dan kenal saya sebagai Hawa Rizwana,” katanya.

Untuk info, Hawa pernah menghiasi dunia pengacaraan berita dan program bual bicara di TV3 sebelum beralih ke dunia hiburan.-CARI

Sumber: EH!/XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 19-1-2023 09:48 AM
SAMAAAAAAAA JEEEEE keras kejung macam baca berita...pastu sama perangai jahlop pemalas nak buat background research artis-artis yang jadi tetamu..acah-acah blur...lepas tu muka nak cantekkkkkkk je... yihhh!
Quote Thunderclouds 19-1-2023 10:10 AM
Mcm xtader hala tuju. Kejap jadik news anchor kejap jadik host kejap nk jadik pelakor. Eh! Pelakon. Ujung² sauk jerung jadik tai². Choiiiiii
Quote jambatannetizen 19-1-2023 10:13 AM
prince_marhaen replied at 19-1-2023 09:48 AM
SAMAAAAAAAA JEEEEE keras kejung macam baca berita...pastu sama perangai jahlop pemalas nak buat back ...


Salah dia kenapa ler terjun dunia hiburan. Dah elok2 jadi news anchor. Nampak exclusive kat situ. Kau pergi terjun join meletop buat apa Pasni terus jadi pelakon? Nampak terus cheap.
Hawa awak tak baca forum ke.
Quote babelina 19-1-2023 10:21 AM
x minat dia bila dh terjun ke dunia hiburan.. dulu cam kelasssssssssssss jerrrr.. skrg mcm.. sama jer ngn yg lain2..
Quote woven11 19-1-2023 10:25 AM
Dah level2 bawahan ko ni.. dulu elok jadi exclusive
Quote cruz2 19-1-2023 10:28 AM
Ok, budak ni gila glamer gila limelight
Quote virgo19 19-1-2023 10:36 AM
jambatannetizen replied at 19-1-2023 10:13 AM
Salah dia kenapa ler terjun dunia hiburan. Dah elok2 jadi news anchor. Nampak exclusive kat situ.  ...

Kalau jadi pembaca berita tak dapat la nak melaram baju2 cantik dan glamour.
Quote jambatannetizen 19-1-2023 10:59 AM
virgo19 replied at 19-1-2023 10:36 AM
Kalau jadi pembaca berita tak dapat la nak melaram baju2 cantik dan glamour.


Ye la, tapi nampak berkelas. Formal. Nampak dikelilingi dgn otak2 berbijak. Melaram boleh je melaram sendirikkkkk. Sayang kau hawa, you look level bawahan, now.
Quote tootii 19-1-2023 01:25 PM
aku pelik la dia ni dlm meletop ..mmg kena duduk dekat2 ngan si nabil tu yer ?
kemain lagik dekatnya ..  dulu aku ngk lopak ngan nabil tak ada la dekat mcm tu sekali ..
yg penting, dia tak best pun jadi pengacara meletop tu ..
Quote supernaturalee 19-1-2023 02:34 PM
azlina redzuan anchor tv3 dulu tu her sister ke


Quote HelgaPataki 19-1-2023 02:45 PM
tootii replied at 19-1-2023 01:25 PM
aku pelik la dia ni dlm meletop ..mmg kena duduk dekat2 ngan si nabil tu yer ?
kemain lagik dekatny ...

Betul, I perasan benda yg sama. Nak kata angle camera, tak mungkin pulak sbb bila tgk dari angle berbeza pun still nampak dekat nauuu. Anddd she's so Jahlop 2.0 dari segi kekekokkan mengacara Meletop ni, cuma dia versi buat homework ja haha.
Quote tootii 19-1-2023 03:04 PM
HelgaPataki replied at 19-1-2023 02:45 PM
Betul, I perasan benda yg sama. Nak kata angle camera, tak mungkin pulak sbb bila tgk dari angle be ...

ok maksudnya bukan mata aku je nampk hahaha.. mcm cakap bisik2 aku ngk dia ngan si nabil tu ..
nabil tak la sangat tp dia yg nmpk mcm ngendeng2 kat nabil .. geram pulak aku ..
si Zira tu tak nak ke tegor sikit .. hahahaa
Hawa tu buat research ke uols ?? .. kadang2 kelaut je ngk info dia
Quote bankerpencen 19-1-2023 03:17 PM
Dia ni comel la juga tapi baca berita pun tak best, mengacara tak best, sekarang nak berlakon pulak? aduh.
Quote dudaberhias 19-1-2023 03:34 PM
selagi dapat job selagi tu lah saukkk gittewww...

tapi rugi betul heshe tinggalkan bahagian pemberitaan tu...

mana la tahu kot2 dapat di pinang sultan brunei...

ni masuk dunia hiburan hujung2 dapat shuk sahar jah...
Quote tapirbiru 19-1-2023 03:43 PM
adoi x minat la hidung bawang mulut juih ni.. suka menempek iman tang kan kerja kau
Quote jambatannetizen 19-1-2023 03:49 PM
tapirbiru replied at 19-1-2023 03:43 PM
adoi x minat la hidung bawang mulut juih ni.. suka menempek iman tang kan kerja kau

Iman itu memang manager dia kan.
Quote Rogue98 19-1-2023 04:10 PM
Baru tengok hawa mengacara meletop aritu....alamak fail lah.  Ambiklah Marsha ke Kak Lina ke.
Quote laksmanabentan 19-1-2023 05:10 PM
kehausan talent ke camni nih???
astrokkk da tak stuck ekkk... da tak kreatif langsung....
Quote ohsoyaya 19-1-2023 06:44 PM
Smpai bila2 org panggil kau jelmaan jahlop dik. Xde identiti sndiri

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039085 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top