CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM35 Jadi RM100- Harga Tiket Bas Dari Manjung Ke KL Naik Melampau

19-1-2023 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1853| Komen: 26

LUMUT – Tambang bas ekspres dari daerah Manjung ke Lembah Klang didapati meningkat sehingga tiga kali ganda bagi perjalanan hingga Sabtu ini.

Semakan terhadap tempahan tiket dalam talian sebuah syarikat pengendali bas ekspres po­pular di sini mendapati harga tiket sehala bagi seorang penumpang ialah RM100 bagi empat hari tersebut berbanding harga biasa RM35.


Ia untuk perjalanan dari sini ke Shah Alam dan Klang di Selangor serta Hentian Duta dan Terminal Bersepadu Selatan di ibu negara.


Foto: Kosmo

Harga tiket tersebut bagaimanapun kembali pada kadar asal RM35 seorang sehala bagi perjalanan pada Ahad ini.

Penganalisis pengangkutan, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar, menyatakan rasa terkejut de­ngan kenaikan harga sehingga tiga kali ganda sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu.

“Kita faham kalau ‘peak season’ (waktu puncak) ada surcaj, jika surcaj dalam 30 peratus adalah boleh diterima, tetapi bukan tiga kali ganda.


“Saya pernah beli tiket dari Sitiawan ke Shah Alam pada 17 Disember lalu, harga tiket beserta insuran baru berharga RM38 lebih,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, bekas Penyelidik Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) itu berharap pihak syarikat bas tersebut dapat memberi penjelasan berhubung perkara itu bagi menghilangkan kegelisahan dan kegusaran orang ramai.

Beliau juga berharap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dapat memberi maklum balas terhadap isu tersebut.

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat bas tersebut tidak berjaya apabila nombor telefon ibu pejabat syarikat itu di negeri ini ketika dihubungi tidak berjawab. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 19-1-2023 09:30 AM
Ada bagusnya takyah balik kampung kalau tambang mahal.. Tiada apa-apa urusan di luar waktu Hari Raya, duduk umah aje la jawapannya..
Quote MissVixen 19-1-2023 09:37 AM
Gila mahal. Belum minyak naik lagi. Kalau dah naik, nak caj berapa?
Quote AbukRokok 19-1-2023 09:43 AM
selamat dtg ke tanah yahudi mizrahi
klu nak murah pindah duk tel aviv jaffa
Quote rospinki 19-1-2023 09:44 AM
Gila la skrg ni..sailang mensailang pakat naik harga. Org meniaga air naik harga jadi rm4 kepada pengusaha bas..si pengusaha bas naik hrga tiket rm100..pastu si pengusaha bas tu plak pegi pasar malam bising2 ckp hrga ayam unclebobdh jadi rm15
Quote AbukRokok 19-1-2023 09:44 AM
hayrin86 replied at 19-1-2023 09:30 AM
Ada bagusnya takyah balik kampung kalau tambang mahal.. Tiada apa-apa urusan di luar waktu Hari Raya ...

dejavu



Quote AbukRokok 19-1-2023 09:48 AM
rospinki replied at 19-1-2023 09:44 AM
Gila la skrg ni..sailang mensailang pakat naik harga. Org meniaga air naik harga jadi rm4 kepada pen ...

guntung rambut 2019 - Rm9
gintung rumbat 2020 -Rm13
gantung rambut 2022 -Rm15


Quote rospinki 19-1-2023 09:52 AM
AbukRokok replied at 19-1-2023 09:48 AM
guntung rambut 2019 - Rm9
gintung rumbat 2020 -Rm13
gantung rambut 2022 -Rm15

Ni ok lagi makan thun naik 1 ke 2 rggt.
Apabenda gantung ke gunting typo ke sengaja
Quote Nana_Man 19-1-2023 12:33 PM
Kalau masa CNY memang lah naik harga terok. Ni kwn aku nk balik kl pun ckp harga tiket melambung. Tapi nk sambut CNY, dia beli je.
Quote white_musk 19-1-2023 12:38 PM
Mengapa nak balik kampung? raya cina kan, adik2 sambutkah raya cina?
sambt saja lah aidilfitry yang sendu saja..
Quote capwayang 19-1-2023 12:45 PM
..ambik masa terlalu lama tau bila dah nak sampai ke Hentian Duta dan Terminal Bersepadu Selatan, jalan jammed. I would prefer kalau ada bas yang buat route baru singgah atau turunkan penumpang ke mrt sungai buloh, memang save time..
Quote Skuau 19-1-2023 12:48 PM
bas tu kami punya..sukati la..tiket mahal..naik kapal terbang la-pengusaha bas...
Quote Kak-Rohana 19-1-2023 12:55 PM
Biar le org nk balik kg ke.. nk JJCM pun.. marhaen suke kan dek kasi komen walaupun x mintak.
Quote venom1 19-1-2023 02:49 PM
perkara biasa di hari perayaan. dah check harga tiket kapal terbang?
Quote akies 19-1-2023 03:07 PM
Mana2 destinasi pun sama.
Kalau balik utagha pun camtu juga.
Quote afie_m 19-1-2023 03:08 PM
banyaknya naik, mahal sgt dah ni.
Quote hayrin86 19-1-2023 04:34 PM
venom1 replied at 19-1-2023 02:49 PM
perkara biasa di hari perayaan. dah check harga tiket kapal terbang?

Nanti berduyun-duyun tak nak balik kampung la lepas ini. Harapnya, jangan mainkan lagu "Balik Kampung"..

Quote msdummy.2018 19-1-2023 04:50 PM
hayrin86 replied at 19-1-2023 04:34 PM
Nanti berduyun-duyun tak nak balik kampung la lepas ini. Harapnya, jangan mainkan lagu "Balik Kamp ...

Balik jee..jalan tetap jam mcm biasaaa..makin jamm kotttt..kereta sewa pun laku laris.
Quote supernaturalee 19-1-2023 04:51 PM
AbukRokok replied at 19-1-2023 09:48 AM
guntung rambut 2019 - Rm9
gintung rumbat 2020 -Rm13
gantung rambut 2022 -Rm15

eh jap...bila nk gunting nya
semua tung2 je tu





Quote Tinot7 19-1-2023 04:55 PM
AbukRokok replied at 19-1-2023 09:48 AM
guntung rambut 2019 - Rm9
gintung rumbat 2020 -Rm13
gantung rambut 2022 -Rm15

Mat bangla mana la offer servis ni?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.228931 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top