Selepas setahun berehat daripada sebarang aktiviti seni, pengacara Jihan Muse bakal kembali ke pentas sebagai hos acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini.
Tidak berseorangan mengendalikan acara berprestij itu, Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, bakal bergandingan dengan rakan pengacara Sherry Alhadad. Jihan memberitahu dia teruja menerima tawaran tersebut memandangkan ia bakal menjadi kemunculan pertamanya selepas melahirkan anak kedua pada September tahun lalu. "Mula-mula saya terkejut dapat tawaran hos AJL37 sebab memang tak pernah buat. Okaylah kita pun baru nak mula kerja, kira ala-ala comeback lah. "Lepas tu untuk AJL pula. Bila dapat tahu bergandingan dengan Sherry, lagilah saya teruja kerana kami tidak pernah digandingkan berdua di atas pentas besar," katanya kepada mStar.
|
September14 replied at 19-1-2023 10:01 AM
Okla diaorg ni ok mngacara drpd ko suh nabila hida, scha semuatu…
harkktuih replied at 19-1-2023 10:09 AM
AJL..tolonglah kembalikan Cheryl Samad as host...
September14 replied at 19-1-2023 10:01 AM
Okla diaorg ni ok mngacara drpd ko suh nabila hida, scha semuatu…
nadie90 replied at 19-1-2023 10:20 AM
Nak masuk tgk AJL Live kali ni kena bayar tiket ya....bukan thn2 sebelum masuk percuma ja ka
minime88 replied at 19-1-2023 10:13 AM
betul tu. tak faham dgn netizen ni. nak kata puaka puakalah jugak kan????. org tu cari rezeki biar ...
ADVERTISEMENT