CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tak Berganjak Depan Rumah Dengar Teriakan Minta Tolong, 4 Anak Rentung Rumah Terbakar

19-1-2023 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2945| Komen: 31

Mendengar teriakan dan menyaksikan anak-anak terperangkap dalam kebakaran merupakan satu momen yang cukup menyayat hati.

Demikian situasi dilalui seekor ibu kucing yang setia menunggu di hadapan sebuah rumah sambil melihat api sedang marak.


Difahamkan anak-anak si ibu kucing itu terperangkap di dalam rumah ketika kebakaran membabitkan sebuah rumah teres di Seri Iskandar Business Centre, Seri Iskandar, Perak.




Lebih menyentuh perasaan apabila suara teriakan empat ekor anak kucing yang terperangkap itu jelas kedengaran menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kacangkobis.

Menurut pemilik akaun itu, dia berasa bersalah terhadap haiwan berkenaan kerana tidak mampu menyelamatkan anak-anaknya.

“Hilang empat anak sekali gus. Minta maaf tak sempat nak selamatkan anak kamu wahai kucing,” tulisnya pada video itu.



Beberapa letupan kecil akibat litar pintas ketika api sedang marak menyebabkan orang ramai yang berada di luar rumah tidak mampu untuk membantu.

Momen si ibu kucing yang tidak berganjak daripada kedudukannya di luar rumah amat memilukan.

Berdasarkan muat naik terkini, individu berkenaan berkongsi beberapa keping foto si bulus itu masuk ke dalam rumah selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.



Ibu kucing itu kelihatan seperti tercari-cari anaknya.

Seperti dijangka perkongsian berkenaan mengundang sebak dan rasa simpati dalam kalangan netizen tatkala mengenangkan nasib si ibu kucing yang kehilangan semua anak-anaknya serentak.

“Ibu... ibu cari anak ibu ke? Anak-anak ibu ada dekat syurga. Ibu jangan sedih ya.

“Dia tak tinggal pun. Setia menunggu sampai api padam.

“Ya Allah... daripada video ke gambar ni tak boleh tahan air mata,” demikian antara komen netizen.



Malah atas dasar rasa simpati terhadap nasib malang kucing itu, ada individu yang menawarkan diri untuk menjaga kebajikan ibu kucing itu.

"Boleh tal saya nak jaga ibu dia? Tolong hantar ke hotel kucing saya... please saya akan tanggung segala perbelanjaan penghantaran," demikian menurut pemilik akaun @mizsnoiy. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 19-1-2023 08:59 AM
xnak tengok video..tp kesiannya
Quote ally9970 19-1-2023 09:06 AM
Semoga dipermudahkan semua urusan...
Quote supernaturalee 19-1-2023 09:09 AM
igtkan orang

eh jap
nape nmpk mcm api tu bentuk kucen



Quote Queenmastani 19-1-2023 11:02 AM
Baca tajuk & tgk gambar pn air mata dah bergenang ni
Quote lifeline 19-1-2023 11:09 AM
ooo anak kucing la eh
alahai siannya kt mak kucing tu
sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote lo_la 19-1-2023 12:05 PM
Heart wrenching
Quote zehra2 19-1-2023 12:08 PM
tk nk tgk video.. sedihnya
Quote shernazz 19-1-2023 12:41 PM
Isk..nak selamatkan..api marak..
Kesian ibu kucing tu...
Quote rosa_canina 19-1-2023 12:48 PM
kesiannya mama
Quote tripleid 19-1-2023 01:09 PM
Takde ke yg nak kesian dgn owner rumah tu
Quote gideoncross 19-1-2023 01:11 PM
TOLONG BAGI KITTENS BANYAK2 KAT MAK KUCING NI, SHE DESERVES EVERY GOOD THING & KITTENS IN THIS WORLD
Quote gideoncross 19-1-2023 01:15 PM
shernazz replied at 19-1-2023 12:41 PM
Isk..nak selamatkan..api marak..
Kesian ibu kucing tu...

Klau andainya ada yg trus simbahkan air wlaupn x seberapa, mungkin budak2 kucing tu dpt d slamatkan.
Quote gideoncross 19-1-2023 01:18 PM
"Menurut pemilik akaun itu, dia berasa bersalah terhadap haiwan berkenaan kerana tidak mampu menyelamatkan anak-anaknya"

Lain kli cuba tadah dulu air secepat mungkin & simbah kat api yg kat tepi2 tu.
Quote bakingsoda 19-1-2023 01:32 PM
kesian? hari2 ada je tangan laknat yg buang anak2 kucing tanpa ibu kat pasar, tepi kedai orang sbb kucing dia membiak 3-4 kali setahun. kaki report pbt nampak kucing jalanan, suruh kutip pastu dibunuh! tetap seksa, ternak dan jual kucing tak peduli pon pisahkan ibu dan anak2. masih ada beli kucing dlm keadaan berlambak2 kucing yg boleh pungut tapi dibiar mati. elok la mati awal anak2 kucing tu, kalau membesar pon mungkin merempat tepi jalan mcm ibu dia, pastu beranak pinak, pastu kena kutip dibuang mati kebuluran atau kena bunuh. dlm ramai2 yg drop komen "kesian" mesti antaranya ada hipokrit yg penah buat benda2 diatas
Quote shernazz 19-1-2023 01:44 PM
gideoncross replied at 19-1-2023 01:15 PM
Klau andainya ada yg trus simbahkan air wlaupn x seberapa, mungkin budak2 kucing tu dpt d slamatka ...

Panik kot..
Kena.rakam.dulu sebelum.selamatkan...
Skang style gitchu uols
Quote blue_blur 19-1-2023 01:54 PM
shernazz replied at 19-1-2023 01:44 PM
Panik kot..
Kena.rakam.dulu sebelum.selamatkan...
Skang style gitchu uols

api marak macam tu, boleh lagi selamatkan bro.
masalah nya, power box kat situ meletup2 mercik, tu semua tak berani nak siram air ke apa.

masih2 kuat meow2 anak tu, macam ada yang belum mati terbakar, harap mati lemas sebab asap, then baru terbakar....
Quote shernazz 19-1-2023 01:56 PM
blue_blur replied at 19-1-2023 01:54 PM
api marak macam tu, boleh lagi selamatkan bro.
masalah nya, power box kat situ meletup2 mercik, tu ...

Litar pintas ke tu?
Kalau anak orang entah apa la jadi..
4 anak tu...
Quote blue_blur 19-1-2023 01:59 PM
shernazz replied at 19-1-2023 01:56 PM
Litar pintas ke tu?
Kalau anak orang entah apa la jadi..
4 anak tu...

kompem den suruh owner rumah tu, bawak kereta rempuh masuk sampai grill tu roboh. mercik2 tu kemudian cerita.
Quote shernazz 19-1-2023 02:05 PM
blue_blur replied at 19-1-2023 01:59 PM
kompem den suruh owner rumah tu, bawak kereta rempuh masuk sampai grill tu roboh. mercik2 tu kemud ...

Hahah..sadis oo..
Iols tak dpt tgk video.tu..just gambo je..
Terus teringat yang kat gombak.tu..
Seksa sungguh anak2 tu...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047338 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top