Menteri Dalam Negeri Ukraine dan pegawai-pegawai kanan kementerian antara 16 terkorban dalam nahas helikopter di timur Kyiv. Menurut Ketua Polis Negara Ukraine, helikopter terbabit terhempas di bandar Brovary pada pagi Rabu.
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Denis Monastyrsky, serta timbalannya, menurut media tempatan yang memetik jurucakap polis. Gabenor Kyiv berkata, sebuah helikopter terhempas berhampiran sebuah tadika dan sebuah bangunan kediaman. Dua kanak-kanak turut terkorban dalam nahas itu manakala 10 mangsa dihantar ke hospital. Sumber: AWANI
|
ADVERTISEMENT