CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 400 Sekolah Di Perak Mohon Khidmat Pengiring Ambil Wang Bantuan Di Bank

18-1-2023 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1155| Komen: 7

Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata permohonan itu dibuat guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari semua daerah di negeri ini sejak minggu lepas.



Permohonan itu dibuat guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari semua daerah di negeri ini sejak minggu lepas. - Gambar hiasan

"Antara sekolah yang membuat permohonan adalah dari daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Kerian, Manjung dan Kuala Kangsar.

Setakat ini 473 sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan pengawal pengiring bermula minggu lalu.

"Permohonan itu dibuat pihak sekolah kepada Ketua Polis di daerah supaya pegawai atau anggota kami mengiringi pihak sekolah untuk mengambil wang berkenaan di bank. Pengawal pengiring ini terdiri daripada anggota polis termasuk dari unit kereta peronda (MPV)," katanya kepada Bernama.


Mohd Yusri berkata permohonan tersebut akan diteliti dan pihaknya menasihatkan pihak sekolah berbuat demikian bagi menjamin keselamatan ketika mengambil wang dalam jumlah yang besar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pada Isnin, seorang guru besar berputih mata selepas wang (BAP) berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.

Wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh guru besar itu sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.


Sumber: BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 18-1-2023 11:14 PM
selama ni tak mohon ke?
Quote CiliPadiSedap 18-1-2023 11:17 PM
alesandra: selama ni tak mohon ke?
dah jadi satu kes mestilah kecoh.

Quote Nana_Man 19-1-2023 06:33 AM
No other ways dari bagi hard cash ke?
Quote hareeeesah 19-1-2023 09:01 AM
Nana_Man: No other ways dari bagi hard c ...


News ckp smlm menteri pendidikan akan bincang, patut before bg dah fikir.. area kl selangor mostly dh dapat cash. Yg luar kl baru nk bagi agaknya
Quote kucingitam 19-1-2023 10:36 AM
tak salah pun bagi cash, sop pun dah ada..penambahbaikan mungkin boleh terus deal dgn bank, bank hantar ke sekolah dgn bonded truck+ polis escort. mesti dalam satu kawasan ada je sekolah yang guna khidmat bank yang sama, ye dak..
Quote Decaffeinated 19-1-2023 01:12 PM
Kat obersea gomen bagi 'duit' free ni perkara biasa. Dorang guna check. Malaysia baru nak belajar.
Quote angelofish 19-1-2023 01:18 PM
Nanti penerima yang Ken samun

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053384 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top