Polis sedang mengesan pemandu pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Seri Petaling, di sini, yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak. Polis memberitahu, setakat ini, kedua-dua pihak masih belum tampil membuat laporan polis.
Menurut kenyataan yang dikongsi di Facebook Polis KL, pihaknya juga sedang mengesan pemilik video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan untuk tampil membantu siasatan. "Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat," kata kenyataan itu di sini, pada Rabu. Video berdurasi 22 saat itu memaparkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh.
Akibat geselan itu, kanak-kanak terbabit tercampak di jalan raya manakala penunggang motosikal itu merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh. Keadaan kesemua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan. Sumber: AWANI
|
ADVERTISEMENT