Penerbit Raja Azmi berpendapat babak panas di dalam filem Pulau tidak perlu dihebohkan memandangkan ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa.
Bukan itu sahaja, Raja Azmi menyangkal beberapa dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan adegan berani di dalam filem tersebut dilihat seperti terlalu mahu mengikut standard filem barat yang boleh meruntuhkan moral anak-anak muda di Malaysia. “Apa salahnya ada babak itu dalam filem tersebut? Filem ialah tafsiran kehidupan. Apa yang dipaparkan di filem mencerminkan apa yang terjadi di luar sana. Jika babak itu memaparkan orang berbikini tayang itu dan ini, semua itu memang sudah ada di media sosial. “Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi. Kalau ada nak tiru budaya Barat yang pendapat saya tak semuanya teruk, terpulanglah. Cuma jangan jadikan filem sebagai alasan seolah-olah ia penyebab anak-anak kita jadi teruk.
“Jika kita nak tapis babak panas itu sekalipun, mereka tetap akan jumpa juga di YouTube atau media sosial. Jangan jadikan filem sebagai alasan sehingga perlu disekat-sekat. Ia tidak relevan,” katanya ketika dihubungi Getaran. Antara babak panas dalam filiem 'Pulau'. - Tangkap layar YouTube Menurutnya lagi, penonton perlu memahami bahawa filem itu dihasilkan oleh pengarah bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam. Babak adegan panas itu juga tidak menggunakan khidmat mana-mana pelakon Melayu. “Filem itu pun dihasilkan oleh orang bukan Islam dan dilakonkan oleh orang bukan Islam. Apa salahnya mereka nak buat begitu? Memang itu cara hidup sesetengah masyarakat di Malaysia,” tambahnya. Terdahulu, sedutan filem Pulau arahan Euho menjadi tular apabila memaparkan adegan wanita berbikini dan elemen ‘soft porn’ yang memicu kritikan warganet. Pulau menceritakan tentang sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang di sebuah pulau terbiar. Mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian aneh dan mendebarkan sehingga boleh meragut nyawa. Sumber: Getaran
|
MeowPARSI replied at 18-1-2023 10:58 PM
Klu mcm tu baik berjimak terus makcik,, baru ngam ho
Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi.
LadyCarefree replied at 19-1-2023 01:15 AM
Slow2lah. Start dengan yg ni. Lepas ni ala bridgerton pulak.
fadz84 replied at 19-1-2023 07:06 AM
Terganggu betul tgk Bridgerton season 1.. bersenggama je x kira tempat.. hehehe.. season 2 kurang ...
Suchi: Iols tgk yg season 1 ja masuk season 2 dh tak tgk sbb pelakon yg watak Duke tu takda kanPastu season 2 tu lebih kepada kisah abang dia ngn pompuan ind ...
kalchi replied at 18-1-2023 11:56 PM
Makcik azmi mmg la suka sbb filem sheols sume mcmtu dlu haha.
eyansss replied at 19-1-2023 03:38 AM
ko nak compare tiru sunnah nabi dengan kes tiru menda tak elok? serious la jemi…
ezacbee replied at 19-1-2023 09:00 AM
Sampai rashid sidek pun berlenggeng sambil nyanyi depan wardina. Filem 200 ela ke apa lupa dah.. ...
BellaThePrinces replied at 19-1-2023 09:19 AM
makcik ni mmg suka filem2 sensual mcm ni...tgk aje lah filem2 dia....saje diselit2 kn babak2 tak per ...
ADVERTISEMENT