CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Derma Najis Yang Sempurna Untuk Dimakan

18-1-2023 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 647| Komen: 3

Seorang wanita yang dipuji doktor-doktor sebagai mempunyai ‘najis sempurna’ dalam sebuah rancangan televisyen di Britain,  menderma najisnya untuk tujuan penyelidikan perubatan, lapor akhbar Daily Star semalam.


Wanita bernama Kira itu ditemu bual dalam program televisyen Know Your S**t oleh dua hos kembar, Alana dan Lisa MacFarlane.


Daily Star

Bercakap tentang najisnya yang sempurna, Kira berkata: “Saya bernasib baik diajar untuk makan makanan yang benar-benar seimbang dan sentiasa bersenam.”

Kira membentuk hanya 2 peratus daripada populasi manusia di dunia yang boleh menawarkan najisnya untuk rawatan bagi menyelamatkan nyawa.


Daily Star


Dia menderma najisnya untuk satu teknik ‘revolusioner’ di mana najis akan diubah menjadi kapsul perubatan untuk dimakan. 

Dalam pertukaran yang janggal, dia menyerahkan sebungkus najis kepada Dr. Blair Merrick yang memberi lebih banyak pandangan tentang rawatan itu.


Gambar hiasan/Getty Images

“Kami mengambil bakteria sihat daripada usus manusia dan memberikannya kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan, yang kami fikir boleh menjadikan mereka sihat dengan memperkenalkan bakteria sihat itu ke dalam badan mereka,” jelas Merrick.

Rancangan itu kemudiannya memaparkan video klip najis yang ditukarkan kepada bentuk serbuk untuk pembuatan pil dalam ujian klinikal. 


Kosmo: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 18-1-2023 10:56 PM
Mkn je lah yogurt.. kenapa sampai nak cultured najis
Quote sharlenetexas 18-1-2023 11:00 PM
Urea?


Quote dani-rox 18-1-2023 11:01 PM
eewwww

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.146411 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top