CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Giat Potong Tali Helmet Di Kluang

18-1-2023 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1145| Komen: 10

Tindakan dua lelaki menjalankan kegiatan sindiket curi topi keledar di ruang parkir sebuah pasar raya dekat Kluang, Johor pada Selasa kini dalam buruan polis.

Ketika kejadian, kedua-dua suspek dipercayai menunggang motosikal jenis Ego Avantiz itu terlebih dahulu dilihat sedang berbual di situ.



Tangkap layar sindiket curi topi keledar yang didalangi dua suspek di Kluang, Johor.

Mempamerkan taktik modus operandi memotong tali topi keledar, tindakan mereka tidak disedari mana-mana pihak sekali gus memberikan kelebihan buat si pelaku.

Bijak mencuri peluang terhidang, kedua-dua suspek berjaya melarikan topi keledar berkenaan dalam tempoh kurang dua minit.

Ketua Polis Daerah Kluang, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes tersebut.

"Laporan kes berkenaan telah diterima dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan.



FB Majoriti

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-1-2023 12:09 AM
Ingatkan dia curi helmet yg ada visor tu. Yg selalu superbike2 pakai. Ini, helmet biasa pun kau nak rembat. Dasar pencuri hina dina lagi miskin dhaif.
Semoga lepas2 ni, kau dua ekor buat lagi, tgh potong2 tali helmet tu, kau terpotong sekali jari kau. Haaaa time tu baru kau tau erti kehidupan.
Tak pun, dah curi, tgh kelam kabut nak blah, kena langgar plk dgn lori 8tayar. Haaaaaa meletop kepala kau. Baru kau tau erti kematian plk
Quote KamikuP 19-1-2023 09:36 AM
Hinanya kau pencuri ..mesti taraf hidop ko -B40
Quote renko 19-1-2023 11:06 AM
gampang tol perangai
Quote tekken 19-1-2023 11:07 AM
adoi...ape lah...helmet biasa je pun nak sakau
Quote pooh~key 19-1-2023 11:26 AM
So kejadian kat mana actually sister?

Kluang mall dek?

Plaza kluang dek?

Kluang parade pek?

Berita sampah takkan setakat maklumat pasar raya mana tak bagi tahu pundek?
Quote antikorok 20-1-2023 10:41 AM
Manusia puaka menyusahkan orang. Moga merepot masok Melaka!!!!
Quote ainashiqa 20-1-2023 10:47 AM
risau lak aku dgn helmet aku kt stesen tu. harap la selamat.aamin!
Quote shamsadis 20-1-2023 10:52 AM
CCTV macam zaman Anwar Ibrahim reformasi dulu
Quote Cokoro 20-1-2023 10:59 AM
Carcosa replied at 19-1-2023 12:09 AM
Ingatkan dia curi helmet yg ada visor tu. Yg selalu superbike2 pakai. Ini, helmet biasa pun kau nak  ...

padat
Quote Gomea 20-1-2023 11:13 AM
Ke helmet dia kena rembat? Nak balik takde helmet, terpaksa rembat orang lain punya pulak

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.230736 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top