CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tamat Zamat Bujang Di Usia 97 Tahun Dengan Kekasih Umur 30 Tahun

18-1-2023 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1213| Komen: 7

Seorang lelaki Kenya berusia 97 tahun, Johana Maritim Butuk menamatkan zaman bujang dengan mengahwini teman wanitanya yang berumur 30 tahun, lapor portal berita Legit semalam.

Majlis perkahwinan penuh warna-warni diadakan pada 14 Januari 2022 di Soy, daerah Uasin Gishu.



Gambar perkahwinan Johana Maritim Butuk berkahwin dengan teman wanitanya yang berumur 30 tahun di Soy, Kenya pada Sabtu lalu. - Sally Chepkoech

Bercakap kepada portal berita TUKO.co.ke, Sally Chepkoech iaitu ahli keluarga pengantin lelaki berkata, Butuk sebelum ini tidak pernah berkahwin dalam hidupnya.

Bagaimanapun, pada akhirnya, lelaki tersebut teruja untuk mencari teman hidup walaupun pada usia senja.

Chepkoech yang merupakan antara tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan tersebut menambah, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan isteri Butuk.


Menuru Chepkoech, lelaki warga emas itu akhirnya tunduk kepada desakan supaya berkahwin selepas melihat semua anak saudaranya berkahwin.

Chepkoech yang memanggil Butuk sebagai bapa kerana dia adalah abang kepada bapa kandungnya berkata, wanita berusia 30 tahun itu, Alice Jepkorir juga teruja untuk mempunyai seorang suami yang akan membantu menjaga empat orang anaknya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 18-1-2023 10:32 PM
Wahhh Tahniah
Quote hareeeesah 18-1-2023 10:47 PM
Larat ke nk jaga anak 4org dik non [em:24:]
Quote primarikey 19-1-2023 12:02 AM
Alahai sis...larat ke somi tu nk jaga ank wf 4 org...silap2 wife plak yg kena jg suami...dh mcm ank 5 org plak nt
Quote Simunggu 19-1-2023 07:45 AM
boleh lagi kah tu...atau ikat pembaris..
Quote Tinot7 19-1-2023 07:49 AM
Tahniah.. ankel ada reta nak jaga anak tiri 4 org tu kott..
Quote mejaputih 19-1-2023 08:28 AM
maybe suami upah org jg anak2 tu kot...pastu semua harta nnt dpt kat bini...
Quote pinkpunk 19-1-2023 09:11 AM
kubur dah memanggil pun nk susahkan badannn

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032145 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top