CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Takut Bini Pura-pura Pergi Kerja Lepas Dipecat, Nak Terus Berlakon Masa Raya Cina

18-1-2023 09:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1678| Komen: 7

Seorang lelaki Hong Kong yang menganggur dan dipecat tahun lalu menghabiskan beberapa bulan dengan berpura-pura pergi bekerja kerana takut untuk memberitahu isteri dan keluarga tentang nasib malangnya, lapor portal South China Morning Post semalam.


Kesusahan lelaki berusia 46 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu mirip kisah filem Tokyo Sonata pada tahun 2008 yang menggambarkan kehidupan rakyat biasa yang dibebani kemelesetan ekonomi.


Seorang suami takut untuk memberitahu isterinya, dia telah dipecat daripada pekerjaanya di Hong Kong. - AFP

Selepas bermati-matian memohon hampir semua pekerjaan serupa dengan pekerjaan lamanya di laman web pekerjaan Hong Kong, dia masih tidak menerima maklum balas, demikian menurut Office Daily.

“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas,” lelaki itu merintih dalam mesej yang disiarkan oleh Office Daily di halaman Facebooknya pada 5 Januari lalu.


Lelaki itu berkata: “Saya tidak berani memberitahu isteri saya.”

Kesusahan menjalani kehidupan berpura-pura itu sukar untuk ditanggungnya. Lelaki itu mengharapkan cuti umum supaya dia mempunyai sebab yang sah untuk tinggal di rumah.

Walaupun mempunyai sedikit simpanan, lelaki pertengahan umur itu bimbang dia mungkin tidak dapat mengekalkan ‘penipuannya’ dengan lebih lama tanpa pekerjaan yang benar-benar bergaji.

Dia berkata dia akan terus berpura-pura semasa Tahun Baru Cina yang bakal menjelang akan dengan membeli pakaian baru dan memberikan bungkusan merah kepada anaknya seperti biasa.

Nasibnya telah mendapat perhatian ramai netizen.

“Saya harap awak dapat kerja yang baik segera,” kata salah seorang daripadanya. 


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 18-1-2023 09:49 PM
Kesiannya....sure hari2 tertekan hari2 cari keje takjumpa2
Quote Nana_Man 19-1-2023 06:40 AM
Dulu masa zaman economic crisis pun bpk bff aku buat gitu. Tiap ari kuar mcm biasa, pakai baju ofis semua. Tak berani nk bilang anak bini yg dia dah jobless. Jd untk 3 bulan jgk lah dia duduk kt airport tu masa waktu keje. Balik masa usual time mcm balik keje
Quote Simunggu 19-1-2023 07:38 AM
biarlah bukan dia penyusahkan siapa siapa pun...dia tengah cari kerjalah tu..
Quote airfilterkotor 19-1-2023 08:03 AM
Isteri yg menakutkan ke acaner?
Quote ninja boy 19-1-2023 08:37 AM
Lelaki seumur hidup kena kerja kerja kerjaa kerjaaa kerjaaaa sampai mampus taw
Quote antikorok 20-1-2023 10:44 AM
The struggle is real
Quote becir 20-1-2023 10:47 AM
I penah buat gini sebab malu ngan family. Sib baik duduk asing..dekat 2,3 bulan jugak simpan rahsia tapi in the end ngaku jugak sebab asalkan time jumpa tanya camne keje, masuk opis gilir2 lagi ke (that time pkpb whatever)..I is stress nak menipu tak sudah..mengaku jela in the end.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.125754 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top