CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayday Mayday, Pesawat Cemas Alami Kegagalan Enjin

18-1-2023 08:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1320| Komen: 4

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Australia menimbulkan rasa cemas apabila juruterbangnya melaporkan kegagalan satu enjinnya semasa dalam perjalanan dari Auckland ke Sydney, lapor portal berita MailOnline.


Pasukan paramedik bergegas ke Lapangan Terbang Sydney ketika 200,000 orang berusaha menjejaki pesawat milik Qantas Airlines itu menerusi  laman web pemantau penerbangan, FlightRadar.


Pesawat itu menghampiri lapangan terbang dan selamat mendarat sebelum pukul 3.30 petang (waktu tempatan) - Nine

Penumpang pesawat berkenaan bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai masalah tersebut. Mereka mendakwa mendengar bunyi dentuman kuat, tetapi hanya menyedari situasi adalah serius selepas pesawat berjaya mendarat.

Setelah mendarat, juruterbang pesawat dilaporkan berjabat tangan dengan kesemua 145 penumpang ketika mereka diiring meninggalkan pesawat.


Seorang penumpang memberitahu: “Ia hanya senyap, semua orang berkelakuan baik, semua orang melakukan apa yang mereka perlu lakukan.”

Panggilan kecemasan dibuat ketika pesawat tersebut sudah berada separuh perjalanan ke Sydney yang mengambil masa tiga jam sahaja.

“Panggilan Mayday adalah panggilan kecemasan atau kegawatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia kepada AAP.

Panggilan itu dibuat apabila penerbangan berada dalam bahaya besar dan memerlukan bantuan segera, demikian menurut syarikat Airservices Australia.

Qantas Airlines dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia tanpa rekod kemalangan maut dalam tempoh lebih 70 tahun.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-1-2023 09:07 PM
Yang Nepal terhempas tu sempat buat live juga tu flight apa ye?
Quote airfilterkotor 18-1-2023 09:09 PM
Tabik spring kat kapten ni cara dia kawal situasi sampai la mendarat.
Quote Perawankota 19-1-2023 02:24 AM
imransulaiman: Yang Nepal terhempas tu sempat ...


Yeti airlines
Quote Simunggu 19-1-2023 07:42 AM
pprt sangat mcm Nepal airline
low maintenance budget

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047594 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top