CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilux Lesap Ketika Pandu Uji, Tak Sampai 3 Jam Kena Cekup

18-1-2023 08:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1240| Komen: 4

Tidak sampai tiga jam selepas melarikan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dari sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Langgar, di Alor Setar, seorang lelaki berjaya ditahan polis, pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi, suspek mengunjungi kedai berkenaan dan mengatakan mahu membeli kenderaan itu.


Polis berjaya mengesan suspek memandu kenderaan terbabit di persimpangan lampu isyarat di Pendang. - Gambar/ PDRM

"Pemilik kedai yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memandu uji kenderaan terbabit.

“Bagaimanapun, pemilik kedai mula curiga apabila menunggu lama dan suspek tidak kembali dengan kenderaan berkenaan. Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar.

"Tidak lama selepas itu polis berjaya mengesan suspek sedang memandu kenderaan terbabit di persimpangan lampu isyarat di Pendang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Ahmad Shukri berkata, suspek cuba melarikan diri namun berjaya dipintas dengan kenderaan polis.

Katanya, suspek berusia 43 tahun bersama kenderaan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-1-2023 08:59 PM
Teringat nusi raptor langgar pkp.


Quote Carcosa 19-1-2023 12:17 AM
Eh ewahh. Kau bwk pegi kenduri ke, Helak tu??
Ke, pegi run errands kejap? Pegi shopping limau?
Haiyooooo, dahla kena tangkap time drive. Mmg kantoi hina lah
Quote JunkMail 19-1-2023 03:37 AM
Camne org test drive tapi takde jurujual sekali? Boleh pulak kau kasi je dia test drive sorang2..
Quote Rayna90 19-1-2023 05:03 AM
JunkMail replied at 19-1-2023 03:37 AM
Camne org test drive tapi takde jurujual sekali? Boleh pulak kau kasi je dia test drive sorang2.. :l ...

Dia bajet macam kat luar negara kot.

Kat sana, bagi licence je then drive la mana mana, dia kasi time allocation then hantar balik kedai. Normally between an hour

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.028750 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top