CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Call Nanti, Saya Tengah Drive' - Zainal Abidin Masih Belum Bagi Respons

18-1-2023 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1361| Komen: 5

Status sebenar sama ada Fyna Jebat merupakan isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan masih belum terjawab meskipun pasangan itu sudah dilihat keluar makan berdua.

Pada Selasa, menerusi perkongsian beberapa gambar dari pelakon veteran, Mustapha Kamal menunjukkan beliau dan isteri sedang menjamu selera bersama pengantin baharu itu.



Namun, ketika cuba mendapatkan respons bekas pengendali Penang FC itu, Zainal Abidin sebaliknya hanya memberitahu untuk kembali menghubunginya semula kemudian.

"Call nanti boleh tak saya tengah drive. Baru nak sampai pagar training. Ada latihan Imigresen, call nanti," katanya ringkas kepada Majoriti.

Sehingga kini, bekas ketua jurulatih Melaka FC itu tidak menjawab sama ada Fyna atau nama sebenarya Nur Syafinaz Jebat adalah isteri keduanya ataupun sebaliknya.

Terdahulu, penyanyi itu sendiri mengaku sudah bernikah dengan bekas pemain pasukan kebangsaan berkenaan dan dia mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan atas berita tersebut.


"Alhamdulillah, saya telah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang beri komen yang bagus.

"Doakan saya, famili dan doakan saya sekeluarga dan jangan lupa doakan kami di program Famili Duo," katanya yang ditemui di konsert minggu keempat Famili Duo di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 9 Januari lepas. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-1-2023 09:05 PM
Nak tanya apa lagi kalau dah sahih telah bernikah?
Quote gold_teeth 18-1-2023 09:43 PM
Sedihnya laki tetap xmengaku.. nasib la jd seorang perempaun mngaku je jujur huhu
Quote I.K.A888990 18-1-2023 10:05 PM
alahai atokkkk
Quote Carcosa 19-1-2023 12:22 AM
Hak alah kauuuu. Acah2 Ronaldo plk. Busy bagai.
Ngaku jelah, tua. Kau nak lari2 mana lagi. Kau yg gatal kerandut nak berbini dua dgn retis sejuk beku yg mencecah tahap suhu -15 darjah Celsius, atau bersamaan dgn 5 darjah Fahrenheit tu kan? Then hadapla kena haruk dgn reput
Quote cik_ingeniare 19-1-2023 08:25 AM
maaflah ye.. meols tak berkenan sungguh yang jenis lari lari tak nak buat statement kononnya busy.. please la gentleman sikit..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045985 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top