CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agnes Cheong Diburu Kerana Sentuh Isu Agama, Perkauman Di FB

18-1-2023 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 966| Komen: 3

Polis kini sedang mengesan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Agnes Cheong bagi siasatan lanjut berhubung hantaran di media sosial berkenaan yang didapati menyentuh isu berbaur perkauman.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan tersebut susulan satu aduan yang diterima kaunter aduan Balai Polis Mantin di sini, semalam daripada seorang wanita warga tempatan.



Jelas beliau, wanita berkenaan menyatakan sekitar bulan November tahun lalu, dia telah terlihat satu hantaran Facebook oleh pemilik akaun Facebook tersebut yang menulis dan memuat naik gambar yang menyentuh isu agama, perkauman dan kerabat diraja.

“Pemilik akaun Facebook berkenaan juga telah membuat satu lagi hantaran pada 1 Disember lalu. Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Hasil siasatan mendapati hantaran tersebut telah dipadam dan pihak polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Abdul Malik berkata, pihaknya kini juga sedang mengesan dan menangkap suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti sambungan bekalan elektrik haram dan perlombongan bitcoin.

Ia susulan serbuan sepasukan anggota polis dari IPD Nilai dan Pasukan SEAL, Tenaga Nasional Bhd (TNB) di tiga buah premis di Nilai di sini semalam.

Jelas beliau, dalam serbuan bermula pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu, sebanyak 101 buat mesin bitcoin, dua unit modem, dua unit penghala (router) dan satu unit pemprosesan pusat (CPU) telah dirampas.

“Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990. 

“Pihak polis juga sedang dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dinasihatkan hadir ke balai polis bagi membantu siasatan dan menghubungi IPD Nilai di talian 06-7904222,” katanya.

Jelasnya, hasil siasatan didapati ketiga-tiga premis telah beroperasi lebih kurang tiga bulan lalu dan nilai kerugian dialami TNB adalah sebanyak RM172,394.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 18-1-2023 10:50 PM
jika
  di tangkap kira lepas
mCA DAP MIC akan bagi loyer free tolong

Quote mojarean_X 18-1-2023 10:54 PM
Mana muka Agnes. Mana tau kalo aku terserempak boleh laporkan
Quote Carcosa 19-1-2023 12:25 AM
Apa dia post wei? Nak la tau
Sbb nama Agnes tu dahla common. Mana tau kawan aku ke yg post tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059135 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top