CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sehebat ‘Revenge Dress’ Tapi Gaun Ungu Ikonik Puteri Diana Dijangka Dilelong RM520,456

18-1-2023 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 864| Komen: 2

Satu lagi gaun milik Puteri Diana dilelong.

Memetik laporan CNN, ia mungkin tidak sehebat ‘revenge dress’, tetapi gaun baldu rona ungu masih menjadi salah satu gaun Puteri Diana yang paling ikonik. 



The Royal Marsden Cancer Fund

Difahamkan, gaun itu dipakai mendiang untuk potret rasmi kerajaan pada 1992 dan pameran Vanity Fair tahun 1997, sebelum kematiannya.


Getty Images

Buat pertama kali dalam tempoh lebih 25 tahun, gaun itu akan dilelong. Ia dijangka akan mencecah sehingga $120,000 (RM520,456) pada jualan Sotheby di New York akhir bulan ini.


Direka Victor Edelstein, gaun ungu tanpa tali itu dilengkapi dengan sweetheart neckline yang mencipta kesan elegan, serta skirt berbentuk tulip dari fabrik baldu yang mewah.

Pada tahun sama, selepas Puteri Diana meninggal dunia, gaun itu menjadi salah satu daripada 80 pakaian yang didermakan untuk lelongan amal Christie dan berjaya mengumpul AS$3.25 juta yang disumbangkan untuk penyelidikan AIDS dan kanser.


Sotheby

Diana memberitahu majalah Vanity Fair; “Saya sangat gembira kerana orang lain kini boleh berkongsi kegembiraan saya memakainya.”


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 18-1-2023 09:49 PM
Cute nya gaun ni. Boleh buat inspired wedding dress dak2 jaman nowww
Quote delia3003 18-1-2023 10:45 PM
Lawa Diana. Menantu BRF paling lawa setakat ni.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.166914 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top