CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menangis Banyak Habis Duit- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Nak Kahwin Tahun Ini, Dah Pergi Kursus

18-1-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4923| Komen: 31

Syafiq Kyle  mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dengan Mimi Lana.

Syafiq kata dia dan Mimi baru sahaja menghadiri kursus kahwin namun pasangan ini belum dapat berkongsi tarikh bahagia.



Foto: IG

"Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada yang memuat naik gambar ‘selfie’ ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan.

"Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita," katanya kepada Media Hiburan.

Syafiq akui dia kini memfokuskan untuk menyelesaikan perkara wajib dahulu seperti kursus kahwin, dari segi pendafataran dan sebagainya.

"Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya."


Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar dan berharap agar urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cenderakirana9 18-1-2023 07:17 PM
Wah akhirnya bakalan kahwin juga. Tahniah semoga dipermudahkan semua
Quote Freezies 18-1-2023 07:36 PM
Mira tersenyum sinis
Quote jejaka_hensem 18-1-2023 07:40 PM
Mimi syg betul kat dia ni.
Jejaka hensem doakan semoga mimi bahagia hingga ke jannah
Quote I.K.A888990 18-1-2023 10:09 PM
akhirnya rasanya byk kali duk up psl nak kawen
aku suka gak tgk depa berdua
Quote Carcosa 19-1-2023 12:43 AM
Sekejap je kan dunia ni berputar Halim
Masa Sapik mendonia, tak ramai kenal Mimi.
Skrg Mimi pulak mendonia, Sapik tak brp lebat di TV.
Begitulah.

Tiber
Quote LadyCarefree 19-1-2023 12:50 AM
Apa maksud dia nangis sebab banyak berhabis?
Quote j3m4h 19-1-2023 01:48 AM
LadyCarefree replied at 19-1-2023 12:50 AM
Apa maksud dia nangis sebab banyak berhabis?

Mean persiapan brg2 kwen pakai duit sndr xde sponsor kot
Quote dudaberhias 19-1-2023 02:06 AM
tahniah lah kalau betul nak kahwin... walaupun dah basi dekkkk...

dah mereput dah pun menunggu...
Quote LadyCarefree 19-1-2023 03:47 AM
j3m4h replied at 19-1-2023 12:48 AM
Mean persiapan brg2 kwen pakai duit sndr xde sponsor kot

Seriouslah gitu? Sengkek sangat kah? Berkira sangat kah? Apakah?
Quote emera 19-1-2023 06:01 AM
Berhabis duit sbb nk tunjuk mewah? Tak payah laa takut nnt kawen tahan 1-2 tahun je. Simpan duit tu. Kawen simple je dah.
Quote Nana_Man 19-1-2023 06:44 AM
Jadi bila dia nk kawin? Harap2 bukan 31Dec ya.
Quote Minami2013 19-1-2023 07:06 AM
Semoga dipermudahkan. Lama sgt dah baca psl 2 org ni.
Quote Suchi 19-1-2023 07:13 AM
Tgk mimi dah sedap buat badan tu moga bila kawen badan tak rosak laa
Walaupun lepas beranak badan masih menten slim tp tentu saja tak sama ngn badan sblm mengandung.
Quote Rogue98 19-1-2023 07:17 AM
Ni yg 'Shafik belakang sikit '..tu kan. Skrg dah sendu barulah kau ajak Mimi kahwin ek.
Quote Incanto 19-1-2023 08:15 AM
emera replied at 19-1-2023 06:01 AM
Berhabis duit sbb nk tunjuk mewah? Tak payah laa takut nnt kawen tahan 1-2 tahun je. Simpan duit tu. ...

artis mana reti kawin simple

tapi level mimilana mesti ramai nak sponsor mcm mcm

cuma nanti nmpk over the top
Quote rosedemon 19-1-2023 08:36 AM
ok mimi n capik. tahniah
Quote Aneem 19-1-2023 08:56 AM
Harapkan sponsor ke dikkk?
Quote Paiya 19-1-2023 09:05 AM
tumpang happy untuk Syafiq dan Mimi
semoga berbahagia
aku tak rasa dia ni nak harap sponsor
bagi aku dia antara artis yang baik
boleh nampaklah
dari cara dia jaga ibunya

Quote jambatannetizen 19-1-2023 09:07 AM
So tahun ini dia dgn afifah confirm kahwin kan.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038457 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top