CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Hidap Sindrom ADHD, Suami Suruh Solat Dan Baca Al-Quran Kalau Rasa Kusut

18-1-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3336| Komen: 28

Menghidap sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) membuatkan pelakon Diana Danielle mahu menambahkan kesedaran awam tentang isu kesihatan mental.

Kata Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, kehadiran suami dan anak-anak menjadi penguat semangat buat dirinya sentiasa berfikiran positif.


Foto: IG

“Suami saya memang terus kata kalau kita rasa kusut... rujukan pertama adalah Al-Quran dan solat, suami saya memang akan jaga bab itu.

“Macam anak-anak saya pula bila saya tengok mereka gembira dan saya lihat hidup mereka teratur saya sendiri akan rasa teratur.



“Jadi dengan anak-anak lain sikit sebab kita yang atur hidup dia mereka tak boleh atur hidup kita,” katanya kepada mStar.




Dalam perkembangan lain Diana Danielle akan membuka gerai mengenai info kesihatan mental di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bermula 14 hingga 17 April 2023. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mama_cat 18-1-2023 06:40 PM
neurodivergent geng-adhd ni mmg otak akan rasa serabut, rasa overwhelmed, sometime lead to depression. sometime cargas gila2, sometime down gila gila.. wired differently, bila kerja selalu bermasalah, bila belajar pun akan tempuh waktu2 susah...
Quote ekselen 18-1-2023 08:52 PM
Knp jadik mcm tu? Terlalu byk mikir ke? Atau kerisauan pasal masa hadapan?
Quote _blackbird 18-1-2023 09:00 PM
Gi lah jumpa pakar buat rawatan. Ermmm kdg2 pelik la retis kaya ternama ni. Duit ada resources ada tetap taknak dptkan rawatan pakar. Buat awareness tuh ok tapi solution ko baca quran je? Takda usaha jumpa doktor? Tak galakkan jumpa doktor?
Quote jalfa 18-1-2023 09:03 PM
Tumpu diri sendiri je dek.x yah nak jd batu ronson dlm rumahtangga orang...kang depa laki bini berbaik berbaik..kita plak diumpatnya
Quote dudaberhias 18-1-2023 09:11 PM
ekselen replied at 18-1-2023 08:52 PM
Knp jadik mcm tu? Terlalu byk mikir ke? Atau kerisauan pasal masa hadapan?

rasanya jadi macamni sejak laki masuk ke dalam tu kot kaka...
sebelum ni takde pun nampak DD ni jadi macamni...

tak boleh nak kata apa sebab dia yang jadi ibu tunggal masa tu dan semua dia yang kena handle...
itu yang menyebabkan stress... lepastu laki plak bekas banduan dan semua orang dah tahu pendadih
Quote kalchi 19-1-2023 12:03 AM
Selebetnya FK dlm gambar atas tu
Quote LadyCarefree 19-1-2023 01:10 AM
Macam²lah dia ni. Agaknya masalah sebenar ialah kurang kasih sayang dan perhatian.
Quote ekselen 19-1-2023 04:36 AM
dudaberhias replied at 18-1-2023 09:11 PM
rasanya jadi macamni sejak laki masuk ke dalam tu kot kaka...
sebelum ni takde pun nampak DD ni ja ...

ermmm yelah agaknya tu...sheols xtau nk handle emosi camne kot... Bercelaru dok pikir mcm2 ngan somi wat hal...mudo, lawa tp tu lah kan...
Quote jambatannetizen 19-1-2023 04:39 AM
_blackbird replied at 18-1-2023 09:00 PM
Gi lah jumpa pakar buat rawatan. Ermmm kdg2 pelik la retis kaya ternama ni. Duit ada resources ada t ...

Confident je kau artis ternama Kaya raya pun idoklah. Ada yg sebenarnya idop tak kaya. Retis2 ini dlm gambar nampak mewah sbb pergi event sane sini, pakai pakaian banyak sponsor je pon.
Quote eyansss 19-1-2023 05:00 AM
_blackbird replied at 18-1-2023 09:00 PM
Gi lah jumpa pakar buat rawatan. Ermmm kdg2 pelik la retis kaya ternama ni. Duit ada resources ada t ...

betul... nanti doc akan prescribe ritalin or medikinet to regulate balik dopamine and all...
Quote innocentsangat 19-1-2023 05:16 AM
Eh. Bila dia diagnosed?
Quote DARSITA 19-1-2023 07:29 AM

Suami dia ckp baca al Quran .. betul ke? sampai kena tahan balai polis tu apa kes?

ADHD? jumpa la pakar. Ambil la ubat dose kecil. Tak nak mkn ubat buat rawatan electric di kepala ..sorry tak tau apa nama rawatan ini. Ianya membolehkan otak kita mengawal pemikiran.
Quote Potpouri 19-1-2023 07:31 AM
Kalau doktor dah diagnose tu betul lah. Bukan senang dapat diagnose ada mental divergent ni. Banyak test dr akan buat amik masa yg lama pulak tu. Bukan penyakit biasa tiba2 dapat, memang dah lama ada tu cuma tak tau
Quote borrow 19-1-2023 07:50 AM
Thn lps dh jumpa pakar & ambil ubat katanya. Kasih anak Azhar Sulaiman pun ADHD , diagnos dari kecil. So time exam didaftar sbg "calon oku". Sheols "warisi" penyakit ni dari ayah.
Quote rosedemon 19-1-2023 08:35 AM
cantik2 pon mental ek. sian
Quote Suchi 19-1-2023 08:40 AM
Anak2 dia rupa mix dan helok2
Jadi model iklan pun laku nih

Baka dorang laki bini lak kurus2 je so bebudak ni pun kalau mkn minum terjaga insyaAllah membesar helok.

Ramai2 bebudak masa kecik elok makin nak remaja badan jd membuak2 plak
Kalau abis sekolah jd slim ok laa takut kekal sampai sudah gitu
Quote jambatannetizen 19-1-2023 09:04 AM
rosedemon replied at 19-1-2023 08:35 AM
cantik2 pon mental ek. sian

Dia memang mental. Kawan aku sendiri bagitaU. Lepastu penyakit attention seeker nak mati.

Quote pinkpunk 19-1-2023 09:07 AM
helok kejadian anak dorg..
Quote gadis_tulip 19-1-2023 09:50 AM
ADHD nie memang penyakit dari lahir kan? Reason dia sebab ade ahli keluarga yang ada adhd.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.109010 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top