Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan korbankan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina, Sarah menceritakan bahawa selama enam tahun dia memberikan fokus menjaga suami serta anak-anaknya.
“Masa nak kahwin, I buang semua. I sacrifice everything, memang I buang karier I semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah,” katanya. Ramai yang mengatakan dirinya itu sibuk bekerja, namun sebenarnya dia baru sahaja mula untuk fokus bekerja memandangkan selama enam tahun dia hanya duduk di rumah dan menjadi suri rumah. “So, untuk orang luar kata sebab saya busy. Orang luar yang nampak saya busy tu adalah sekarang. Baru sekarang, betul tak? Sebab saya dah lama menyepi. Enam tahun saya jadi suri rumah. Saya fokus jadi suri rumah dan saya tak nak buat apa-apa."
Katanya ketika dia sudah nampak ‘masalah’ tiba, dia mula berniat untuk bekerja kembali dan dia tahu sebagai seorang perempuan, harus mempunyai duit dan kerjaya sendiri. Namun dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan memandangkan dirinya ditanggung oleh suami.
|
fadz84 replied at 18-1-2023 07:11 PM
Popular ke PS ni masa kawen Sol dulu?
Pixie902 replied at 18-1-2023 08:43 PM
Bukan lepas kahwin PS ada buka butik jual baju muslimah kan? Bukanla totally tak bekerja...btw apa ...
ADVERTISEMENT