CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dahi Dan Hidung Terseret- Anak Tak Pakai Topi Keledar Tercampak Atas Jalan Raya Lepas Motor Bapa Rempuh BMW

18-1-2023 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3302| Komen: 55

Tular di media sosial rakaman kemalangan membabitkan motosikal merempuh sebuah kereta jenis BMW pada Rabu.

Berdasarkan rakaman papan pemuka (dashboard), motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama kanak-kanak dipercayai anaknya itu secara tiba-tiba hilang kawalan.





Ketika rempuhan, anak kecil itu tercampak ke atas jalan raya dan terduduk kaku berkemungkinan terkejut dengan apa yang baru berlaku.

Pemandu kereta yang dirempuh motosikal itu kemudian bergegas keluar untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu.

Apa yang lebih membimbangkan apabila kanak-kanak itu dilihat tidak dipakaikan topi keledar.

Manakala si bapa dilihat turut tercampak ke atas jalan selepas motosikalnya merempuh pula pembahagi jalan.



"Kejadian depan mata hari ni, Allahuakbar. Sedih dan kesian kat budak tu.

"Kepada yang bawa anak naik motor tu, hati-hati la ya," kata individu yang menggunakan nama Zoul BraveSlick di Facebook.

Menurutnya kejadian malang itu berlaku di lampu isyarat berdekatan Endah Parade di Sri Petaling berdekatan susur ke Bukit Jalil.



Sementara itu di ruangan komen, individu berkenaan berkongsi foto keadaan terkini mangsa.

"Alhamdulillah, rider dengan anak selamat. Cuma anak dia ada macam trauma sikit. Rider cedera luka dan mungkin terseliuh dengan effect pada pinggang.

"Saya ada di tempat kejadian, anak dia berdarah dekat mulut. Dahi dan hidung terseret," kata beberapa netizen yang dikatakan menjadi saksi di tempat kejadian.

Si anak dilihat berada di sisi bapanya terkulai layu berkemungkinan masih cuba menghadam insiden yang baru menimpa.

Netizen di media sosial mempercayai si bapa mengalami sindrom tertidur tanpa sedar (microsleep) kerana berdasarkan rakaman video itu dia memberikan lampu tanda ke arah (signal) ke kiri tetapi sebaliknya membelok ke kanan.

Selain itu ketika kejadian, motosikal yang dibawa si bapa itu tanpa sebab merempuh kenderaan lain dengan kelajuan yang tinggi memberikan indikasi yang dia berkemungkinan terlelap sebentar.

"Ni microsleep ni. Daripada bahu jalan dekat kiri tiba-tiba ke tengah, lepas tu ke kanan, lepas tu berlanggar dengan kereta BMW.

"Cara dia bawa motosikal tu macam dah microsleep. Mungkin sangat penat. Kita tak akan pernah tahu apa yang menyebabkan dia sampai penat macam tu.

"Semoga tidak ada apa-apa yang serius dan semuanya dipermudahkan untuk mereka," kata beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 18-1-2023 06:15 PM
Apa punye bapaklah ....tak pakai kan helmet kat budak tu....bawak mcm lalok....nasib baik lah hidup.
Quote dani-rox 18-1-2023 06:26 PM
takguna punya bapak. micro sleep pun... ko je ke yg pakai helmet? anak kau kepala besi ek?

kesiannya anak dia. harap bawak ke hospital, jgn biarkan lama2 si anak mcm tu.
Quote swimswim 18-1-2023 06:26 PM
Kesian anaknya.. Semoga dimurahkan rezeki kpd si bapa agak boleh provide basic necessity to his kid..
Quote sarahmirza 18-1-2023 06:30 PM
Bila pemakaian helmet hanya supaya tak disaman polis...
Harap berhenti la membiak kalau tak tau fikir faktor keselamatan diri dan orang bawah jagaan kita.
Quote Carcosa 18-1-2023 06:30 PM
Edited by Carcosa at 18-1-2023 06:32 PM

Ehhhh jgn dimarah apaknyaaa Kita tak tau kesusahan orangggg. Driver BMW tu yg salah, uolllsss. Siapa suruh dia kayaaaa. Dan, dah tau berkemampuan, knp tak ditumpangkan anak beranak tu. Kita menolong mereka harini, mana tau satu hari mereka akan tolong tumpangkan anak kecik kita pulak tanpa pakai Helmet nanti

PUIIIIIIIIII!!!!! Bengap2 Fesbuk semua boleh pegi mampos beramai2 timbus dlm lubang taik!!!! Semua dok sokong2 bapak babi ni. Kesian x3. Eh tolol, kau tak kesian budak tu ke, dpt bapak tolol mcmni??? Basic Health n Safety pun dah fail??? Eh babi, lepas ni berjimak, pakai sarung boleh? Tak lalu lah tgk kau aniaya budak kecik lagi
Quote menjad 18-1-2023 06:46 PM
Ramai jer mak bapak yang pangai camnih kat kampung aku nih. Elok jer anak berdiri dalam raga moto. Bawak laju kemain. Sekali brek
innalillah lah. Kita perati jer kang tegur kata menyibuk
Quote airfilterkotor 18-1-2023 06:53 PM
Cer tengok kat flat PPR acaner dak² sana bawak muto.
Termasuk juga kampong² cina kat PJ nun, hat ni ramai cina tua nek muto.
Bangsa kepala kalis bucu konkrit tepi jalan.
Quote emera 18-1-2023 06:57 PM
Aku pernah nmpk kereta wira ditebuk bumbung & budak2 3 org berdiri separuh badan keluar dr bumbung berlagak mcm monyet. Kalau berhenti mengejut, mau melayang budak2 tu.
Quote Suchi 18-1-2023 06:59 PM
Siannya budak tu terkedu tgk video sikit lagi budak tu nk kena lenyek.
Quote -Suri- 18-1-2023 07:30 PM
Aduh..kesiannya tgk budak tu. Ni pengajaran utk si bapak dan semua. Invest la helmet yg proper utk anak. Nyawa takde galang ganti
Quote she 18-1-2023 07:33 PM
Mungkin dia tak mampu
Tapi kreatip ler sikittt
Amek sabut kelapa tu ha lokek2 dengan selotep
Kulit sabut tu pun dah keras helok

Pacik pakai helmet sabut
Helmet ori bagi kat anak okeh
Quote awanearisu 18-1-2023 07:36 PM
Baru semalam kita terserempak bapa sebegini. Anaknya memakai baju sekolah, sudah pasti mendapat BAP.
Apa salahnya duit BAP itu digunakan untuk membelikan topi keledar anak.
Quote shamsadis 18-1-2023 07:39 PM
Rohingya ke?
Quote annehuda 18-1-2023 07:39 PM
Microsleep ni mmg real. Dulu masa aku keje kt penang pegi site pagi-pagi naik jambatan tu mmg selalu nampak apek naik motor tapi kepala mendongak skali tu tertidur. Mungkin sebab faktor angin kot tu yg syok tidur tu
Quote annehuda 18-1-2023 07:40 PM
Site supervisor aku pun penah gak nyaris nk terlanggar terowong menora tu. Kitorg ada site kt ipoh,dia taknak tempuh jem so pegi naik motor je. Die rasa mcm sekejap je die tutup mata skali tu kene hon menggelabah jap la. Supervisor aku ni gi site naik ducati ye
Quote minahsenget 18-1-2023 07:48 PM
she replied at 18-1-2023 07:33 PM
Mungkin dia tak mampu
Tapi kreatip ler sikittt
Amek sabut kelapa tu ha lokek2 dengan selotep

kalau tak mampu jugak, tembikai pun boleh, mkn dulu cuci bersih kulit tembikai tu, tapi tu la tak la keras hehe
Quote she 18-1-2023 08:09 PM
minahsenget replied at 18-1-2023 07:48 PM
kalau tak mampu jugak, tembikai pun boleh, mkn dulu cuci bersih kulit tembikai tu, tapi tu la tak  ...

Uiii tembikai mahal
Nanti kena beli tiap hari pulak
Hahahaha jadi kije bapaknya
Quote sukacactus 18-1-2023 08:52 PM
she replied at 18-1-2023 08:09 PM
Uiii tembikai mahal
Nanti kena beli tiap hari pulak
Hahahaha jadi kije bapaknya

Baru nak cadang pakai kulit limau bali
Kecik2 dl kalau beli limau bali, menunggu sblh mak, ambik turn nak pakai helmet
Quote green~tea 18-1-2023 08:54 PM
Sakit dada dan ngilu baca berita gini..

Tak guna punya bapak.. kau je pakai topi keledar??????

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045244 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top