CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syafinaz Diugut Rogol, Makan Babi Dan Tikus Jika Tiada 'Sales'

18-1-2023 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4248| Komen: 52

“Kami kena ugut makan babi, makan tikus. Jika tiada sales langsung, kalau perempuan akan diugut dirogol, itu ugutan paling teruk saya kena ugut,”.

Itu ancaman yang diterima Syafinaz Abdullah jika gagal mendapatkan pulangan jualan hampir RM20,000 sehari (30,000 Yuan) apabila menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar.


Pada mulanya gadis berusia 19 tahun itu menyangka tawaran kerja menerusi iklan di media sosial dalam bidang pemasaran forex (matawang asing) dengan meraih keuntungan RM4,000 sebulan mampu memberikan keselesaan hidup, namun ia bertukar derita.


Syafinaz Abdullah yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan penipuan kerja memeluk erat ahli keluarganya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MUHD NA’IM, 17 JANUARI 2023.

Menggunakan laluan darat dengan melalui sempadan Sungai Golok, Kelantan sehingga tiba ke Myanmar, dia tidak menyangka perjalanan itu menjadi detik hitam apabila dikerah menjadi ‘hamba abdi’ untuk syarikat tersebut.


Turut bersama Syafinaz dalam sebuah kereta yang dibawa pemandu syarikat itu adalah rakannya, Muhammad Hafiz Mazlan yang turut tertipu dengan sindiket berkenaan dan hanya mengetahui keadaan sebenar apabila tiba di Myanmar.

Mereka sedar ditipu apabila ‘majikan’ memaksa mereka menjalankan aktiviti penipuan menerusi sebuah aplikasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti kereta sewa, servis pembersihan dan pembantu rumah.


Ibu kepada Muhammad Hafiz Mazlan sujud syukur ketika menyambut kepulangan anaknya.

Muhammad Hafiz, 26, turut berkongsi pengalaman hitam itu apabila dikerah untuk bekerja seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam tanpa mendapat sebarang gaji, malah setiap hari terus diseksa mental dan fizikal.

Seorang lagi mangsa adalah Sim Yong Fei, 33, yang lebih awal berjaya meloloskan diri ke Thailand selepas melompat keluar dari tingkat dua ‘pusat neraka’ itu.

Syafinaz dan Hafiz bersyukur selepas Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang tampil menguruskan kepulangan mereka ke tanah air dengan bantuan tentera Thailand.

Mereka dibawa ke negara tersebut untuk melalui beberapa proses sebelum berjaya mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

“Setinggi penghargaan kepada Victor Wong (orang tengah), individu inilah yang bermati-matian selamatkan mangsa ini terutama dari segi kewangan untuk menguruskan kepulangan tiga mangsa hari ini.

“Esok atau lusa kita akan bawa pulang dua lagi mangsa lelaki yang berbangsa India dan Cina kerana mereka perlu selesaikan urusan dokumentasi,” kata Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum pada sidang media di sini, hari ini.


Sim Chon Siang

Sim turut menjelaskan usaha menyelamatkan mangsa itu tidak melibatkan hubungan diplomasi antara kerajaan kerana ia lebih sukar.

Menurut Sim, langkah yang digunakan pihaknya adalah melalui cara sulit yang tidak boleh dikongsikan.

Katanya, jika beliau mendedahkan langkah tersebut, ia akan menyukarkan proses untuk menyelamat puluhan lagi mangsa penipuan kerja yang terperangkap di Myanmar. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 18-1-2023 06:06 PM
Edited by umbut at 18-1-2023 06:08 PM

Myanmar pun lari sini, ko nak gi sana dah knp dik???

Kat sini punyalah berlambak kerja sampai kena ambik pati, ko nak gi sana
Quote kitmal 18-1-2023 06:13 PM
umbut replied at 18-1-2023 06:06 PM
Myanmar pun lari sini, ko nak gi sana dah knp dik???

Kat sini punyalah berlambak kerja sampai kena  ...

Tu la ...tak buat homework ke dik? handphone tu ada buat apa
Quote gigahertz 18-1-2023 06:28 PM
umbut replied at 18-1-2023 10:06 AM
Myanmar pun lari sini, ko nak gi sana dah knp dik???

Kat sini punyalah berlambak kerja sampai kena  ...

I rasa mesti yang di ugut rogol tu x cantik.
Dah la x cantik.bo** pulak tu.
Sebab kalau cantik mesti sindiket tu dah kerjakan.
Quote ekselen 18-1-2023 06:33 PM
umbut replied at 18-1-2023 06:06 PM
Myanmar pun lari sini, ko nak gi sana dah knp dik???

Kat sini punyalah berlambak kerja sampai kena  ...


Aku rasa kerajaan malaysia ni kena bg amaran keras kpd sesapa yg sibuk sgt nk keja ala2 pati kt luar negara ni spy apa2 risiko tanggung sendiri... Sampai bila kita nk hadap perangai mcm ni? Nk hidup senang xnk keja dlm negara yg perlukan pekerja sbb gaji x byk... Ujung2 menyusahkan org, mengabihkan duit rakyat... Semua jenis kaki nk kaya cepat xnk keja ssh2 sbb tu lah sanggup jadik bodoh. Semua benda kerajaan kena hadap...ngan pati, ngan scammer, ngan sibuk sgt nk keja kt myanmar lah... Nk je aku lempang sekor2 bg sedar sikit...
Quote mojarean_X 18-1-2023 06:34 PM
kitmal replied at 18-1-2023 06:13 PM
Tu la ...tak buat homework ke dik? handphone tu ada buat apa

Main tik tok, tgk k-pop dan troll orang. Typical penggunaan handphone rakyat malaysia
Quote Skuau 18-1-2023 06:41 PM
Aman jer myanmar buka kedai haram kt Msia ni...beza sgt...Apabila KEBODOHAN selalu 'berpihak' ke sebelah sini.
Quote umbut 18-1-2023 06:57 PM
Kalo gi kerja hareeemmm kat ausie ngan negara2 maju ok lah.. ni negara buangan rohingya yg semekin tu jugak ko nak gi kerja..  no class, pastu kena scam menyusahkan kerajaan.. kerja apa je ada kat sana
Quote ezacbee 18-1-2023 07:09 PM
Berbondong pati myanmar datang sini. Korang lak g sana jadi pati...
Quote she 18-1-2023 07:25 PM
Dari hasil pembacaan macik berkaitan kes2 ni

Deme ni semua bukan tahu pun deme akan ditrafficlightkan ke negara asing
Contoh yang Sabah Sarawak
Katanya offer keje di KL
Pusat karaoke lah kelab malam lah
Alih2 sampai sana

Yang semenanjung ni pun sama
Offer keje tulis JB bagai
Alih2 dah naik kete baru tahu kena jadi hamba
Mungkin tido mati kekdahnya
Quote laksmanabentan 18-1-2023 07:28 PM
kitmal replied at 18-1-2023 06:13 PM
Tu la ...tak buat homework ke dik? handphone tu ada buat apa

buta nampak gaji besor uollsss.... siapa tak kelabu mata...
Quote awanearisu 18-1-2023 07:32 PM
umbut replied at 18-1-2023 06:57 PM
Kalo gi kerja hareeemmm kat ausie ngan negara2 maju ok lah.. ni negara buangan rohingya yg semekin t ...


Tetapi di Australia juga sudah ada kes imigran Malaysia mati ditembak dan ditinggalkan begitu sahaja mayatnya di satu kawasan terpencil.

Pautan: The Star - Missing M’sian man found murdered in Australia
Quote matamata 18-1-2023 07:43 PM
Kalau semua rakyat Malaysia cerdik pandai mcm porumer2 cari senang la pemimpin nak tadbir negara
Quote shamsadis 18-1-2023 07:46 PM
so, kos tanggungan mereka di bayar oleh cukai rakyat? sekadar bertanya
Quote jiwasemangat 18-1-2023 08:32 PM
Nama pon.. di tipu, mana dia tahu pada mulanya dia nak di bawa kemana? Dah mereka ditipu. Semua org pernah kena tipu.
Quote kotakbaju 18-1-2023 08:46 PM
she replied at 18-1-2023 07:25 PM
Dari hasil pembacaan macik berkaitan kes2 ni

Deme ni semua bukan tahu pun deme akan ditrafficlightk ...

Iols setuju dengan macik. Kalau kata mangsa yg kena tipu ni dah tau awal2 lagi yg diorang bakal kena tipu memang tidak la diorang nak apply keja tu semua. tulis dalam iklan tempat keja sekian sekian mungkin dekat singapore ke kat mana2 ke..sekali dah naik kete ikut diorang baru la tahu rupanya dihantar ke negara cam thai n myanmar. Time tu nak lari camna lagi dah
Quote brego 18-1-2023 09:18 PM
Menggunakan laluan darat dengan melalui sempadan Sungai Golok, Kelantan sehingga tiba ke Myanmar, dia tidak menyangka perjalanan itu menjadi detik hitam apabila dikerah menjadi ‘hamba abdi’ untuk syarikat tersebut.

seludup masuk ikut jalan tikusss.
nampak sangat keje sindiket jenayah.

nampak pelik camni pun masih boleh kena tipu.
mmg orang bodoh selalu jadi makanan si cerdik scammer.

untong la kau tak kena jual jadi pelacur,
cuma jadi scammer.
Quote umbut 18-1-2023 09:23 PM
Pada Oktober lalu, mangsa yang berasal dari Johor ditipu rakan yang menawarkan peluang pekerjaan di Singapura dengan gaji lumayan.


"Namun, setibanya di Lapangan Terbang Changi Singapura, mangsa dimaklumkan dokumen pekerjaan mereka masih diuruskan rakan terbabit.

"Susulan itu, kononnya sementara menunggu urusan dokumen di Singapura selesai, mereka dibawa ke Bangkok, Thailand, namun setibanya di Bangkok, pasport mereka dirampas dan kemudian dibawa ke Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar," katanya.

Hishamuddin berkata, mangsa kemudian diseludup melalui jalan tikus, seterusnya ditempatkan di lokasi dinamakan KK Garden Myanmar, sebelum dipaksa bekerja menjadi scammer (penipu) secara dalam talian.

Beliau berkata, selepas kisah mangsa tular di media sosial, pelbagai pihak berganding bahu menyelamatkan mereka dan berusaha membawa pulang ke tanah air.

"Mungkin atas faktor tekanan pelbagai pihak, dua lelaki terbabit dibebaskan sindiket penipuan itu. "Mereka kemudian diletakkan di Mae Sot di sempadan Thailand dan MHO meminta bantuan kedutaan kita di sana serta individu perseorangan mengambil dua mangsa terbabit ke Balai Polis Mae Sot untuk diambil keterangan.

"Selesai keterangan diambil, mereka dihantar ke Kedutaan Malaysia untuk pengurusan dokumen keluar balik Malaysia.

"Ini kerana mereka tidak mempunyai dokumen lengkap untuk melakukan perjalanan keluar dari Thailand,"

Gigih aku cari cerita sebenar... tt ni tepek citer x clear..
Quote brego 18-1-2023 09:24 PM
kerajaan tak serius langsung utk benteras scammer,
dan elak rakyat jadi mangsa sindiket.

sapa yang selalu follow tele group edisi siasat,
memang tak heran dengan kisah ni semua.

fyi kerajaan indon siap hantar askar ke laos/myanmar,
untuk kutip rakyat mereka yang jadi mangsa.

dan, kalau nampak trip by large group kat airport,
mereka sekat penerbangan ke sana.

kerajaan indon lagi prihatin, tangkas dan cargas.
Quote Firenzza 18-1-2023 09:53 PM
matamata replied at 18-1-2023 07:43 PM
Kalau semua rakyat Malaysia cerdik pandai mcm porumer2 cari senang la pemimpin nak tadbir negara :lo ...


Sepatutnya rkyt kena undi bijak pandai dlm porum ni jd piem dari buang masa  & duit pileh politaik lidah bercabang kencing bersepah tuh

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.095742 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top