CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Pasar Raya Mini Tawar Rantai Emas Kepada Anggota Polis Didenda RM30,000

18-1-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 638| Komen: 1

Seorang pekerja pasar raya mini didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan rantai emas kepada anggota polis pada tahun lalu.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, V. Sancheev, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.



Sancheev dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan kepada anggota polis.

Rohatul turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan jika gagal menjelaskan denda dikenakan. Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menawarkan seutas rantai leher emas bernilai lebih RM4,600 kepada seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.


Suapan itu didakwa sebagai balasan untuk anggota polis terbabit melepaskannya daripada dikenakan hukuman undang-undang bagi kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Dia didakwa menawarkan suapan tersebut di sebuah hotel dekat Jalan Pintu Sepuluh di sini kira-kira pukul 2 petang, 7 September 2022.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-1-2023 11:14 PM
Halus sangat kot rantai yang ko offer tu.



Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035655 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top