Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambarnya ketika mengerjakan ibadah Umrah di Mekah hari ini. Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah tersebut.
Terdahulu, Annuar yang menubuhkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Muafakat Nasional dengan keahlian mencecah 30,000 telah memulakan penubuhan Perhubungan Negeri dan Kawasan. Penubuhan Perhubungan Negeri bermula di Sabah pada 5 Febuari nanti serta di susuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain. Annuar turut mengumumkan beberapa nama sebagai Pengerusi Perhubungan bagi negeri antaranya Nasrudin Hasan Tantawi bagi Pahang, Jismit Japong (Sabah), Datuk Zuraida Kamarudin (Selangor) serta Justin Jinggot (Sarawak). Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT