Meniti hari bahagia dengan Dr Che Hafiz selepas mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu, Julia Farhana Marin berkongsi detik perkenalan mereka. Kata pelakon kacukan Melayu dan Itali itu, dia kini berasa seperti ada kawan rapat yang sentiasa bersama ke mana saja. "Bangun pagi dia ada disisi dan balik kerja pun ada teman nak borak dan cerita. Dia seorang yang caring dan loving. "Rasalah perbezaan itu sebab sebelum ni saya banyak buat apa pun seorang tetapi kini semua ditemani suami malah apa jua keputusan terutama dalam tawaran berlakon saya alan berbincang dengannya dahulu sebelum terima," katanya kepada Astro Gempak. Katanya, usaha Che Hafiz banyak membimbingnya untuk lebih mendalami Islam membuat dirinya tertarik dengan bekas suami penyanyi Lufya Omar itu.
"Saya berterus terang dengan suami sebelum kahwin lagi yang saya belum bersedia untuk pakai tudung...belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna sebab saya minta masa kerana culture dan cara saya dibesarkan pun berbeza dengan keluarga dia. "Jadi dia sangat memahami kedudukan saya in terms of in Islamic practice dan dia tetap bimbing saya setiap hari. "Kami dating pun mula-mula terkejut bila dia ajak saya ke Masjid Shah Alam waktu itu untuk solat jemaah. "Yelah waktu tu terkejut tak pernah orang ajak dating pergi masjid. Ketika itu kami baru tiga minggu berkenalan," kongsinya. Hasil perkongsian hidup Che Hafiz dengan bekas isterinya, dia dikurniakan anak perempuan, Laana Haura, 5. - CARI
|
ADVERTISEMENT