Nama Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq terdahulu pernah menjadi bualan netizen disebabkan gelagatnya dikatakan kekok seolah-olah tidak pandai bersukan ketika bermain badminton bersama rakan.
Kali ini, Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagram ‘membalas dendam’ selepas menjadi pasangan beregu badminton dengan pelakon terkenal, Amelia Henderson, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen netizen yang berasa lucu melihat gelagatnya seolah-olah tidak memberikan peluang kepada Amelia untuk membuat sebarang pukulan biarpun menjadi pasangan regunya. Dalam pada itu, hantaran Syed Saddiq turut mendapat komen nakal netizen yang teruja melihat keserasian di antara Syed Saddiq dan Amelia. Sumber: Murai
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|