Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James berkongsi detik cemas apabila dia telah diganggu oleh seorang lelaki yang pernah melakukan perkara sama hampir setahun yang lalu di sekitar musim Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Menerusi hantaran di Instagram, Francisca menceritakan bahawa dia menyedari kehadiran lelaki terbabit ketika berada di sebuah hotel, baru-baru ini. “Hari ini 17 Jan 2023, saya berada di Hotel Four Season, baru sahaja selesai temujanji spa dan saya sedang menggunakan telefon bimbit sambil menuju ke lobi untuk memesan Grab dan hanya duduk di sofa lobi. “Saya ternampak DIA lagi. Orang yang sama, pakaian yang sama, cuma kain warna yang berbeza di bahunya. Perkara yang paling teruk ialah saya seperti melihat dia meletakkan sesuatu di lehernya!. "Seperti minyak atau sesuatu, saya sangat takut dan terus pergi ke Starbuck dan menelefon rakan saya mengenali pengarah keselamatan dalam Four Seasons," kongsinya. Tambahnya lagi, dia menceritakan bahawa lelaki yang berjubah dan kopiah putih itu mengekorinya sehingga ke dalam premis Starbucks dan duduk di satu sudut bertentangan dengannya. “Apabila lelaki itu memasuki entrance, matanya melihat kiri dan kanan, dan melalui tingkap kaca Starbucks, ternampak saya dan sudah tentu DIA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMASUKI STARBUCK dan duduk di satu sudut bertentangan saya," ujarnya. Kongsinya lagi, pengawal keselamatan datang untuk menangkap lelaki itu namun tidak berjaya kerana dia meninggalkan premis terlalu pantas. “Saya berkongsi di sini supaya wanita di luar sana atau sesiapa yang melihatnya sila berhati-hati dan jangan biarkan dia menyentuh anda atau JANGAN BERANI MELIHAT MATA DIA. Saya panik dan trauma kerana saat saya melihatnya, saya teringat apa yang dia lakukan sebelum ini," pesan Francisca. Miss Universe Malaysia 2020 ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan persekitaran yang sudah tidak berada dalam keadaan selamat. Sumber: Murai
|
lanacondor replied at 18-1-2023 05:01 PM
Geng2 pukau ke ni.. Bahaya betul.. Pakai mcm geng2 tabligh xpsl2 geng2 tabligh dpt nm busuk
prince_marhaen replied at 18-1-2023 05:24 PM
MUKA PERVERT GILAAAA!! YIHHHH!!
pinkpunk replied at 19-1-2023 08:26 AM
reportlah polis. bukti dah ada
gideoncross replied at 18-1-2023 06:54 PM
Geng2 pukau ni mmg ada pun, dlu iol prnh bca psl pukau mayat, yg ni seram sbb c plaku boleh kenakn ...
lanacondor replied at 19-1-2023 03:53 PM
Menakutkan.. Klau amek duit xpe lg. Klau kn rogol bwk g sempadan tu mmg naya..
ADVERTISEMENT