CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Terpaling Ikut Tema’ Majlis Makan Malam, Pensyarah Pun Tak Nak Kalah!

18-1-2023 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3638| Komen: 23

Penampilan dan fesyen glamor pastinya menjadi pilihan untuk acara karpet merah.

Sama ada mengenakan busana mewah mahupun berjenama, rekaan pereka fesyen atau menyewa kostum demi menepati tema, setiap tetamu majlis sudah pasti tidak mahu kalah dalam bergaya.




Apakah dalam fikiran anda untuk majlis bertemakan karpet merah?

Bagi pemuda ini, penampilannya mungkin dianggap biasa-biasa tetapi netizen menyifatkannya sebagai berfikir di luar kotak dan kreatif!

Gayanya ternyata sangat menepati tema apabila dia menyarung sekeping karpet merah.



Begitulah idea yang terlintas dalam fikiran pensyarah Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) di Sejingkat, Kuching, Ahmad Farid Yang Abd. Talib yang menghadiri majlis makan malam anjuran Kelab Rekreasi KMSw di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, pada Sabtu lalu.


Pemuda berusia 35 tahun itu pada mulanya mengakui kusut memikirkan apakah busana yang paling sesuai dipakai untuk mengikut tema yang ditetapkan bagi majlis 'KMSw Red Carpet Dinner 2023'.

"Kalau tema red carpet atau karpet merah, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja. Saya fikir beli saja karpet merah saiz sederhana berharga RM20.

"Nak beli karpet bersaiz lebih besar harganya RM60, mahal pula. Keadaan ekonomi sekarang tak berapa baik.

"Jadi, karpet harga RM20 ni saya potong di bahagian tengah dan sarungkannya, dengan saya berpakaian sukan di bahagian dalam,” katanya kepada mStar.



Senang disapa Farid, dia tidak menyangka terpilih sebagai pemenang bagi hadiah pakaian tercantik pada malam itu, dengan menerima hadiah berupa baucar beli belah bernilai RM50.

"Syukur Alhamdulillah, tak sangka menang sebab semuanya hebat bergaya. Saya dapat hadiah baucar shopping RM50, kiranya balik modal dan ada baki RM30," ujar pensyarah Kimia dari Jabatan Sains ini.

Berpengalaman sebagai pensyarah selama sedekad, Farid turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menyanyi pada majlis tersebut.

"Semua orang nyanyi lagu sedih-sedih, tapi saya pilih untuk menyanyi lagu yang lebih ceria iaitu lagu tema cerita Gaban yang merupakan watak superhero," katanya yang mengikuti pelbagai jenis kartun Jepun seperti Kamen Rider, Power Rangers, Gaban dan Ultraman.

Susulan tular video yang memaparkan dirinya berpakaian 'karpet merah', pemuda yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini tidak kisah dirinya dilabel sebagai 'Mr Karpet Merah'.

"Ia mungkin sekadar nama, tapi saya okay je. Kalau dulu student panggil saya dengan panggilan Sir, dan akan datang bertukar Mr Red Carpet... saya tetap sempoi, tak ada strict.

"Sebab viral juga, saya tak jadi nak potong karpet merah kepada dua bahagian. Ingatkan nak buat alas kaki, tapi saya simpan dulu buat masa ni," kata anak sulung daripada lima beradik itu.



Menerusi ruangan komen di akaun TikTok @4zjee, rata-rata netizen terhibur dengan penampilan si jejaka 'karpet merah' ini.

"Di luar kotak betul.

"Terpaling ikut tema.

"Betul-betul red carpet dia pakai," demikian antara komen netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 18-1-2023 03:41 PM
Pakailah ape pun dek asalkan ekau bahagia
Quote hareeeesah 18-1-2023 03:54 PM
Jgn x pakai baju sudah [em:18:]
Quote blakcswan 18-1-2023 04:00 PM
dia ni mesti kelakar orgnya
Quote venom1 18-1-2023 04:02 PM
untung balik modal. kalau kos beratus rugi pulak
Quote Cayn 18-1-2023 04:06 PM
Kreatif dan kelakar. Pakai karpet merah pas tu nyanyi lagu Gaban. 2-2 tak terpikir org akan buat. Out of the box sungguh
Quote esbok 18-1-2023 04:09 PM
menangis yang sewa baju bagai
Quote talapia 18-1-2023 04:30 PM
hahaha.. bagus2.. takyah beria sewa segala.. siap balik modal lagi... nak jadikan alas kaki.. KIV dulu.. maklumla.. dah viral kan..

mesti sejenis lek lek je.. sempoi n kelakar. So orang mcm ni dia tak kisah apa.. orang ketawakan pon ada aku kesah?
Quote adeqbun 18-1-2023 04:31 PM
Cayn replied at 18-1-2023 04:06 PM
Kreatif dan kelakar. Pakai karpet merah pas tu nyanyi lagu Gaban. 2-2 tak terpikir org akan buat. Ou ...

Hhaa btol2...mesti student ngan die mcm geng je
Quote supernaturalee 18-1-2023 04:54 PM
esbok replied at 18-1-2023 04:09 PM
menangis yang sewa baju bagai

tu lah
menang king of the night plak tu

what a joke



Quote shop_girl 18-1-2023 04:57 PM
Cool lecturer..He's literally following the theme..'RED CARPET'
Quote aireen24 18-1-2023 05:03 PM
ye la tema untuk lelaki apa aja...ni kira out of box ni...
Quote antikorok 18-1-2023 05:04 PM
Edited by antikorok at 18-1-2023 05:08 PM

Dah lama dah tahu, rahsia nak menang King of Night, kadang-kala tu kena ler pakai costume yg terpaling pelik daripada org lain ala2 Lady Gagal gitohhhh barulah markah kreativiti tu paling tinggi yachhh
Tak semestinya baju kena mahal, asalkan tak pernah dibuek orang barulah lain2 daripada yg lain out of the world pasti peluang untok menang paling cerah gaytohhhh
Quote liyamariska 18-1-2023 05:05 PM
Kreatif dn lucu...
Quote Incanto 18-1-2023 05:24 PM
hahaha….bijak lah
Quote sukacactus 18-1-2023 05:28 PM
Mmg jenis kelakar ni
Dr pakaian, pilihan lagu sampai ke komen hadiah balik modal, semua kelakar
Quote jfq 18-1-2023 05:32 PM
Kesian yg menang queen tu kena pair dgn king pakai carpet kat leher
Quote prince_marhaen 18-1-2023 05:33 PM
makan hati ponen ponen company yang all out shopping , 'mekap jantan', bersiap bagai.... sekali jejans pakai baju sukan dengan modal rm20 yang menang.. hahahahahahahahahaha... iols puji organizer ye... bagus juga kekadang ajorrr kan jenis yang beriya gi dinner ni.. meols yang bersiap ni pun rengsek jenis yang nak sewa baju lah, hired mua lah... all out bagai.. nampak sporting & happening tapi meols rengsek kena follow teman cari benda2 tu bagai, lagi2 yang jenis takleh kalah...bila orang lain menang muka dia camtaik.. pastu spoil mood orang nak enjoy the dinner.. yihhh!
Quote amon_79 18-1-2023 05:51 PM
kalo ada video dia nyanyi lagu gaban tu nk gak tgk
Quote kotakbaju 18-1-2023 06:11 PM
Haha lagu gaban dia nyanyi. Teringin gak nak tgk

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076983 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top