CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shikin Maembong Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Nombor Dua- Suami Tak Pernah Jadi Imam, Sambut Birthday Sendiri, Sakit Sendiri

18-1-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16108| Komen: 102

Kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong berkongsi pengalamannya sebagai isteri kedua dan kehidupan seorang madu.

Katanya, tanggunggjawab sebagai isteri kedua adalah tidak mudah dan perkahwinan kongsi itu bukan sesuatu kelebihan.


Shikin menerusi perkongsian video di TikTok baru-baru ini mengakui dirinya terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri temasuklah mengerjakan solat.


Foto: IG

“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (sambutan hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa. Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir,” kongsinya.



Sebagai info, Shikin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz atau nama sebenarnya Nadzri Redzuawan pada 2014 dan dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2016, kemudian Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.



Menurut Shikin, sebagai isteri kedua, banyak perkara yang perlu dia mengalah walaupun perkahwinannya itu mendapat keizinan isteri pertama.

“Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah,” katanya lagi.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spy_caridotdot 18-1-2023 03:13 PM
Tak cukup gelek ni mcm ira......
Quote Nizleen86 18-1-2023 03:14 PM
Dia bini sapa? Nak jaga nama katanya. So siapa husband sheols?
Quote DeLuna85 18-1-2023 03:17 PM
Anak2 maembong ada tak yang educated? Atau emma je yang tak habis sekolah?
Quote lyshafull 18-1-2023 03:40 PM
dik tu pilihan ko dik
x yah meratapi nasib
dah dapat rumah kan
Quote Suchi 18-1-2023 03:47 PM
Baru tau ke sis
Mmg itu lah realitinya

Nak laki ade dengan mung sokmo kawen laa hok bukang tok laki orang.
Quote innocentsangat 18-1-2023 03:47 PM
Lps tu now dah bercerai?
Quote ciksom 18-1-2023 03:49 PM
Sedap hanya sekejap.
Quote Nham22 18-1-2023 03:50 PM
Uhhhh sape laki die.. Vvip ka?? Jabatan forensik forumers sila jalankan siasatan.. Sepul mane.. Sepul mane...
Quote miszclassique 18-1-2023 04:02 PM
Ni kira sebarkan aib suami tak
Quote ira_229 18-1-2023 04:04 PM
yg dia gaduh dengan chip wan sampai nk saman rasanya mcm baru kawin sbg isteri bernombor...kan chip wan ada mention laki dia suami orang jugak..tapi tak tau siapa..skrg dah kena cerai baru ada akal nk berdamai dengan chip wan n tarik balik saman..
Quote miracle_forever 18-1-2023 04:13 PM
innocentsangat replied at 18-1-2023 03:47 PM
Lps tu now dah bercerai?

mcm ya je. tapi tak kesian pun. sendiri cari pasal. you reap what you sow
Quote annadonna 18-1-2023 04:21 PM
Sebenarnya semua perkahwinan pun sedap sekejap je waktu hanimun. Lepas tu yg banyaknya merungut merungut merungut harapkan kasih syg dgn anak ajelah
Quote anony-mous 18-1-2023 04:28 PM
ira_229 replied at 18-1-2023 04:04 PM
yg dia gaduh dengan chip wan sampai nk saman rasanya mcm baru kawin sbg isteri bernombor...kan chip  ...

Patut la she tiba2 nak berbaik dgn cep wan. Rupanya dah kena buang. Sblm tu kemain berlagak dgn cep wan. X pdn dgn ank kalkulator
Quote innocentsangat 18-1-2023 04:30 PM
Walaupun couple mmg indah... Bila sah kahwin. Haha. Hm.
Quote mesmerize 18-1-2023 04:37 PM
ni yang masa gaduh saman menyaman ngan chefone dulu chefone sebut dia nak kawen laki orang.. tapi skrg dema dah berbaik dah n tak jadi saman... pastu shikin ni katanya nak migrate ke switzerland ikut laki.. tak jadi yea? dah kena cerai ke atau lakinya bawak bini pertama je pergi switzerland?
Quote Nham22 18-1-2023 04:42 PM
annadonna replied at 18-1-2023 04:21 PM
Sebenarnya semua perkahwinan pun sedap sekejap je waktu hanimun. Lepas tu yg banyaknya merungut meru ...

Sebab tu orang tua2x ckp bahagia jgn die tunjuk2x dalam social media... Banyak yg fake acah2x paling terbahagia.. Padahal paling banyak pendam rasa... Nak buat content suami kene ngekor ja 24j..mcm suami tu xde bende lain nk buat.  Dah content tu ja isteri hadap... Tunjuk terpaling romantism. Romantik... Padahal hakikatnya suami xdelah seromantik mcm gitu..very the fake
Quote mahalnya 18-1-2023 04:51 PM


Kesian...
Quote airmineral 18-1-2023 05:04 PM
nak kata suami dia xberlaku adil ke tu?
atau itu syarat² utk laki tu kwen dgn dia ?


tp ni sume pilihan sdr kan?
Quote red_velvet 18-1-2023 06:03 PM
Muka macam safiey ilias

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.215063 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top