CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Sains, Ada Orang Boleh ‘Bau’ Hujan Nak Turun! Macam Mana Bau Dia?

18-1-2023 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3072| Komen: 50

Sesetengah individu dianugerahkan kelebihan luar biasa atau lebih dikenali sebagai deria keenam, membolehkan seseorang itu melihat sesuatu lebih dari jangkauan manusia biasa.

Begitulah pengalaman dikongsikan seorang wanita di Twitter apabila kenalannya dikatakan mampu menghidu air hujan di langit sebelum ia mencurah ke bumi.


Wanita yang senang disapa sebagai Tatty itu berkata, dia berasa sedikit cemburu apabila mengetahui tentang wujudnya anugerah unik itu.


Gambar hiasan

"Baru tahu sebenarnya ada orang yang boleh hidu bau air hujan sebelum hujan tu sendiri turun

"Sekarang saya rasa cemburu, indahnya anugerah itu," kata Tatty.



Seorang netizen meminta penjelasan lanjut dengan bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan 'anugerah menghidu bau air hujan'.

"Kejap (sekejap) saya ingat semua orang boleh bau hujan?" soal netizen itu.

Tatty kemudian membalas persoalan itu dengan mengatakan anugerah tersebut berbeza dengan deria bau manusia biasa.

"Kalau untuk saya, memang boleh bau air hujan tu bila kena rumput atau lantai.

"Tapi ada yang boleh bau hujan sebelum hujan turun dan bau tu berubah ikut lokasi, sangat menakjubkan," kata Tatty.

Seorang lagi netizen kemudian tampil berkongsi penjelasan saintifik kepada anugerah menghidu bau air hujan itu.

"Bau air hujan sebelum hujan turun ini dipanggil sebagai Petrichor. Kalau ikutkan hujan itu sendiri sebenarnya tak ada bau.

"Bau itu datang dari reaksi kimia melibatkan tumbuhan dan bakteria kepada titisan air hujan. Dalam beberapa minit sebelum hujan lebat, biasa akan renyai dulu.

"Bila start renyai, bau tu akan naik, inilah apa yang dihidu oleh mereka yang kata mereka ada deria boleh predict hujan akan turun.

"Mereka bukannya gila atau istimewa, ia adalah sains," jelasnya.


Antara komen netizen

Seorang lagi netizen juga menceritakan bagaimana bau Petrichor boleh tercetus dari hujan yang sudah turun di tempat lain.

"Kadang hujan itu dah turun di tempat yang berdekatan dengan lokasi kita sedang berada.

"Bau Petrichor tu boleh sampai kepada kita sebelum tempat kita hujan.

"Jadi ya bau Petrichor ini memang in a way boleh bantu kita predict hujan," kata pelayar tersebut.

Pelayar lain juga sempat menceritakan kelebihan istimewa yang dimiliki mereka.

"Saya ada kelebihan boleh hidu waktu tu masih malam or dah subuh. Tak perlu tengok jam pun, bila hidu je saya boleh tahu yang ini dah subuh.

"Rakan sebilik saya dulu ada kelebihan boleh hidu bau lipas.

"Ada satu malam tu dia menangis cakap ada lipas dalam bilik tu, saya pun cakap tak ada sebab memang tak jumpa.

"Sekali esok memang ada lipas keluar dari bawah katil, biar betul sahabat," kata sebilangan warga maya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 18-1-2023 12:40 PM
Hahaha kelakar yg boleh hidu bau nak subuh tu.. mcm2 tol
Quote airfilterkotor 18-1-2023 12:40 PM
Ni pun sama.... sebaris dengan acik rempah pork. Adoi.
Quote zafira 18-1-2023 12:41 PM
kalau kat rumah, akan bau tanah & rumput yg dibawa oleh angin.... lepas tu kompem  hujan.. itulah selalu aku bau sebelum hujan... padahal aku rumah atas..
Quote shernazz 18-1-2023 12:57 PM
Iols suka bau hujan kena rumput tu...
Kalau kat umah tok iols..tenang je sambil2 dok kat beranda depan tu
Quote she 18-1-2023 01:02 PM
Bau hujan macik tak tahu
Tapi bau rumput lepas kena potong dek mesin
Fuhhh segar bugor

Tapi untuk tidak OT
Bau hujan tak jadi memang huduh
Dia hujan kejap aje
Pastu panas terik
Ya ampun bau jalan tar tu
Berasap2 macam ada orang kena siksa kubur kat dalam tanah
Quote opie5662 18-1-2023 01:15 PM
Iols boleh bau kalau hujan nak turun. Tatau nk describe mcm mane... Tp mmg ade sejenis bau dia. Maybe kelebihan hidung masing2 kot
Quote Travelo 18-1-2023 01:30 PM
kalau hujan DAH/SEDANG turun, mmg ada bau kalau serounding berbau..
Quote airfilterkotor 18-1-2023 01:34 PM
opie5662 replied at 18-1-2023 01:15 PM
Iols boleh bau kalau hujan nak turun. Tatau nk describe mcm mane... Tp mmg ade sejenis bau dia. Mayb ...

Tempat sebelah ujan, tempat kita belum lagi.
Tapi awan ujan tu berarak menuju ke tempat kita... oleh gerakan angin.
Sebab tu kita dapat hidu bau 'fresh' sebelum ujan.
Kawasan sebelah punya bau.
Quote aisah7493 18-1-2023 01:36 PM
shernazz replied at 18-1-2023 12:57 PM
Iols suka bau hujan kena rumput tu...
Kalau kat umah tok iols..tenang je sambil2 dok kat beranda dep ...

Sama, suka bau rumput lepas kena hujan
Quote Nana_Man 18-1-2023 01:51 PM
Aku pun bole bau bila hujan nk turun eventhough takde tanda awan mendung. Ada jgk kawan aku yg bole bau jgk.
Quote becir 18-1-2023 01:58 PM
bau besi berani kan?
Quote Decaffeinated 18-1-2023 01:59 PM
she replied at 18-1-2023 01:02 PM
Bau hujan macik tak tahu
Tapi bau rumput lepas kena potong dek mesin
Fuhhh segar bugor

betul la ada orang kata macik ni pandai bercerita tak pernah takde plot twist

kat sekolah dulu mesti tapau semua piala kan


Quote wolfheart 18-1-2023 01:59 PM
Memang boleh bau kalau nak hujan lagi² bila ada byk tumbuhan mcm rumput kat situ. Tak tau nak terangkan bau tu. Mcm bau hangit sikit kot tapi bukan hangit benda hangus. Ingatkan semua org boleh bau bila nak hujan.
Quote kelana36 18-1-2023 02:11 PM
Tempat aku kerja ada tasik dan sekumpulan kerbau. Kalau kerbau berendam dalam air maknanya tak hujan hari tu, kalau kerbau tak masuk ke air , jangan sangka panas hingga ke petang..kalau pergi kerja jangan tinggal kain di jemuran...
Quote venom1 18-1-2023 02:17 PM
apa-apa pun pokcik memang suka dengan air hujan. suka dengar irama hujan turun tu. tenang dan mendamaikan.
Quote Prickford 18-1-2023 02:17 PM
Nak hujan ni mmg ada bau. Bau macam forest gitu. Bagi iolls bau tu menyeronokkan sebab mengimbau kenangan iolls masa kanak2.
Quote Perawankota 18-1-2023 02:49 PM
Bau ujan ni kan sebenarnya, akan buat kita mengimbau kenangan zaman remaja.. Feel tu yg Indah..
Quote brego 18-1-2023 02:49 PM
hujan memang ada bau.
orang2 gifted jer boleh bau, skill ni tak boleh belajar.
bulu hidung kena lebat, baru sensor hidung nya mantab.

sama dengan kesan jarak jauh,
tekap telinga ke tanah macam legolas.
Quote Simunggu 18-1-2023 02:51 PM
ya betul..bukan setakat bau....badan saya react lain mcm kalau dah nak hujan...mcm tau tau ja

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060158 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top