CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Lot Kedai Makan Astaka Stadium Bandaraya Terbakar

18-1-2023 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 855| Komen: 2

Kira-kira lapan lot kedai makan yang menjadi lokasi tumpuan pelanggan tempatan dan luar Pulau Pinang di Astaka Stadium Bandaraya di sini dilaporkan terbakar pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa mahupun kemalangan jiwa.


Difahamkam, kebakaran berlaku semasa premis makanan dan minuman termasuk kedai nasi campur di situ belum memulakan operasi perniagaan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 7.30 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati api dalam keadaan marak. Kebakaran hanya melibatkan lapan lot kedai makan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan kira-kira 50 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan siasatan awal mendapati kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.




Menurut beliau, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba termasuk nilai kerugian yang dialami mangsa.

Justeru katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.52 pagi dan operasi tersebut tamat 15 minit kemudian. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 18-1-2023 01:24 PM
terbako sana sini skrg ni
Quote cap_ayam 18-1-2023 01:33 PM
Oo pernah makan malam kat sini. Tapi rasa makanan kureng lah kalau ikut tekak kaka. Tapi kalau sarapan pagi memang meriah banyak pilihan kat area tepi stadium tu. Anyway semoga peniaga tabah dan kawasan ni boleh buat baru dan cantik serta sila jaga kebersihan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.028240 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top