CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trauma Tengok Kawan Lemas Depan Mata "Maaf, Tak Sempat Selamatkan Zuhaily"

18-1-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 965| Komen: 3

DUNGUN – Rakan pelajar kolej swasta yang mati lemas selepas terjatuh Sungai Hulu Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini kelmarin, trauma menyaksikan insiden itu yang berlaku di depan mata.


Zul Qarnain Zaim berkata, dia juga berasa terkilan kerana gagal menyelamatkan rakannya, Muhammad Zuhaily Roslan sewaktu kejadian pada pukul 2.30 petang tersebut.

Kedua-dua mereka berusia 21 tahun.


Foto: Kosmo

Cerita Zul Qarnain, ketika kejadian, mereka berdua sedang menyeberang sungai untuk menjala ikan sebelum terpijak pasir jerlus.

Zul Qarnain bernasib baik kerana dia sempat berenang menyelamatkan diri, manakala Muhammad Zuhaily pula menjerit meminta pertolongan sebelum dihanyutkan arus deras.

“Saya mahu ambil sebatang kayu untuk membantu supaya Zuhaily dapat berpaut, namun dia sudah dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Zul Qarnain memberitahu, mereka yang tinggal di Paka di sini tiba di lokasi kejadian untuk menjala ikan kira-kira dua jam sebelum kejadian.

“Kami sempat menunaikan solat zuhur dan makan tengah hari sebelum turun menjala ikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lebih 50 anggota pelbagai agensi dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi melibatkan penggunaan bot dan pencarian di dasar sungai dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

“Pasukan penyelamat berdepan kesukaran kerana arus kuat selain longgokan kayu di dasar sungai,” katanya.

Mayat Zuhaily ditemui pukul 2.15 petang semalam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 18-1-2023 11:39 AM
Takziah...
Quote becir 18-1-2023 11:43 AM
Nak Komen lebat rambut arwah..huhu
Quote rosedemon 19-1-2023 08:18 AM
udah ajalnya nak buat camano

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062314 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top