CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kali Terakhir Tahun 1960, Penduduk China Menyusut Pertama Kali Dalam 6 Dekad

18-1-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1119| Komen: 19

BEIJING: Data rasmi menunjukkan penduduk China menyusut tahun lalu buat pertama kali dalam lebih enam dekad.

Negara republik paling ramai penduduk di dunia itu kini berdepan krisis demografi.


Kadar kelahiran negara berpenduduk 1.4 bilion itu kini menjunam ke paras terendah apabila tenaga kerjanya meningkat usia atau pun dikenali sebagai penuaan.


Foto: AFP

Penganalisis sosial juga memberi amaran bahawa situasi ini boleh menghalang pertumbuhan ekonomi selain memberi tekanan kepada tabung awam.

Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) Beijing melaporkan, penduduk China berjumlah kira-kira 1,411,750,000 pada akhir 2022, penurunan sebanyak 850,000 berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah kelahiran pula ialah sebanyak 9.56 juta orang manakala jumlah kematian ialah 10.41 juta orang.

Kali terakhir jumlah penduduk China merosot adalah pada 1960, ketika negara itu menghadapi kebuluran terburuk dalam sejarah modennya yang disebabkan oleh dasar pertanian Mao Zedong yang membawa bencana yang dikenali sebagai ‘Lonjakan Hebat Ke Hadapan’.


China juga dikatakan menamatkan dasar ‘satu anak’ yang ketat yang dikenakan pada 1980-an kerana bimbang penduduk berlebihan.

Kerajaan republik itu membenarkan pasangan mempunyai tiga anak pada 2021.

Tetapi dasar itu gagal untuk membalikkan penurunan demografi.

Ramai penduduk mendakwa terbabit dengan kos sara hidup yang melambung tinggi serta peningkatan bilangan wanita dalam tenaga kerja dan berpendidikan tinggi.

Seorang penyelidik Universiti Victoria Australia, Xiujian Peng memberitahu AFP, orang China juga sudah biasa dengan keluarga kecil kerana dasar satu anak selama beberapa dekad.

“Kerajaan China perlu mencari dasar yang berkesan untuk menggalakkan kelahiran, jika tidak, kesuburan akan tergelincir lebih rendah.

“Penduduk yang semakin berkurangan dan semakin tua akan menjadi kebimbangan sebenar bagi China,” kata Peng.

Banyak pihak berkuasa tempatan telah pun melancarkan langkah untuk menggalakkan pasangan mempunyai anak.

Kota besar selatan Shenzhen, sebagai contoh, kini menawarkan bonus kelahiran dan elaun yang dibayar sehingga anak berusia tiga tahun.

Pasangan yang mempunyai bayi pertama mereka secara automatik akan menerima 3,000 Yuan (AS$444 atau RM1,917), jumlah yang meningkat kepada 10,000 Yuan (RM6,391) untuk anak ketiga mereka.

Di timur negara itu, bandar Jinan membayar gaji bulanan sebanyak 600 yuan (RM384.50) sejak 1 Januari lalu untuk pasangan yang mempunyai anak kedua.

Demografer bebas, He Yafu juga menunjukkan terdapat penurunan bilangan wanita dalam usia mengandung yang menyusut sebanyak lima juta setahun di antara 2016 dan 2021, akibat daripada penuaan penduduk.

“Ia akan memberi kesan mendalam kepada ekonomi China dari masa kini hingga 2100.”-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 18-1-2023 01:49 PM
sbb covid la kot.
Quote creep_bite 18-1-2023 02:02 PM
Blh import rakyat India hijrah ke China.
Quote cmf_blanco 18-1-2023 04:23 PM
Ada juga pasangan yang berhijrah keluar dari China untuk besarkan anak anak dorang sebab tak bersesuaian dengan sistem kehidupan kat sana.

Adik ipar aku kawin dengan lelaki warga negara China, lepas beberapa bulan kawin mereka pindah balik China sebab kontrak kerja suami dia dah tamat..tinggal kat China dalam 2-3 tahun pastu adik ipar aku mengandung anak kedua, lagi beberapa bulan nak bersalin dia balik Malaysia nak beranak kat sini. 2-3 bulan lepas tu suami dia dengan anak sulung dia dah sampai kat Malaysia, rumah dorang kat China suami dia dah jual. Sekarang memang dorang menetap sini terus. Dah beli rumah pun kat sini.

Bila di tanya kenapa pindah semula ke Malaysia? Adik ipar bagi tau, datuk dan nenek suami dia bekas pensyarah kat universiti di China tapi dah pencen, dan dorang sendiri nasihat suami adik ipar aku untuk bawa keluarga dia pindah keluar China sebab sistem pendidikan kat China tak baik untuk jangka masa panjang.
Quote gigahertz 18-1-2023 05:19 PM
cmf_blanco replied at 18-1-2023 08:23 AM
Ada juga pasangan yang berhijrah keluar dari China untuk besarkan anak anak dorang sebab tak bersesu ...

Esok lusa malaysia mcm tu la.
Skrg dah 33 juta populasi
Quote antikorok 18-1-2023 05:44 PM
Trend seluruh donia, kecuali negara2 Afrika sana tuh kadar kelahiran kekal tinggi jua yachhh
Quote rosedemon 19-1-2023 08:17 AM
elok la kurang sikit pangai jijik dlm dunia ni
Quote krustykrab 19-1-2023 11:07 AM
creep_bite replied at 18-1-2023 02:02 PM
Blh import rakyat India hijrah ke China.

Rohingya la
Quote Skuau 19-1-2023 11:13 AM
cmf_blanco replied at 18-1-2023 04:23 PM
Ada juga pasangan yang berhijrah keluar dari China untuk besarkan anak anak dorang sebab tak bersesu ...

tak tanya depa..x takut kena tindas kt Msia???
Quote Decaffeinated 19-1-2023 12:29 PM
Bila negara makin maju, rakyat makin materialistik.

Yang makin berkembang tu India sebab masih ramai lagi miskin. Fun fact - orang miskin memang suka beranak.

Quote Orix 19-1-2023 12:31 PM
amek balik la cainis sini
Quote plywood 19-1-2023 01:02 PM
Baguslah.

Rupanya ini yang terjadi bila penduduk semakin ramai, ada tindakbalas semulajadi untuk mengurangkan populasi manusia.

Mungkin ramai yang menyangka pertambahan penduduk akan sentiasa naik, tetapi sekarang dah ada nampak tanda tak mungkin penduduk dunia terus bertambah, mungkin tak akan mungkin sampai 20 billion, lebih kurang dua kali ganda dari bilangan sekarang.
Quote BartholomewKuma 19-1-2023 01:16 PM
Habaq pada kerajaan cina..nak tambah rakyat buka payah mana..hangpa import rohingya mai jadi warga negara hangpa. Depa kuat membiak
Quote cmf_blanco 19-1-2023 02:58 PM
Skuau replied at 19-1-2023 11:13 AM
tak tanya depa..x takut kena tindas kt Msia???

Rasanya tak..sebab setakat ni tengok kehidupan dorang kat sini ok ja, suami dia ada kerjaya juga bila pindah balik kat sini. Katanya kalau malas, banyak mengeluh sendiri cari susah.
Quote Bedah.Cun 19-1-2023 05:03 PM
Ok lar, set2 wumao Malaya neh dah boleh berambus amik balik kerakyatan negara leluhur ngkaw yang agung tue
Quote Tinot7 19-1-2023 05:10 PM
Decaffeinated replied at 19-1-2023 12:29 PM
Bila negara makin maju, rakyat makin materialistik.

Yang makin berkembang tu India sebab masih rama ...

Tak rasa cenggini.. kalau ikut formula nih, iols ni tergolong dlm TTTT0.001 tapi iols bknnya hat tu..
Quote Tinot7 19-1-2023 05:11 PM
cmf_blanco replied at 18-1-2023 04:23 PM
Ada juga pasangan yang berhijrah keluar dari China untuk besarkan anak anak dorang sebab tak bersesu ...

Tapi org slalu komplen pasai sistem pendidikan mesia... camne tuh..
Quote cmf_blanco 20-1-2023 10:46 AM
Tinot7 replied at 19-1-2023 05:11 PM
Tapi org slalu komplen pasai sistem pendidikan mesia... camne tuh..

Ntah la..lain orang lain pandangannya..haha..
Quote Tinot7 20-1-2023 12:34 PM
cmf_blanco replied at 20-1-2023 10:46 AM
Ntah la..lain orang lain pandangannya..haha..

Sistem kat caina terlalu kompetitif.. sbb tu la atuk nenek habaq, hantaq cucu pi mesia.. sbb kat mesia, kurang2 masih voley survive giteww..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.136369 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top