Pernah ditawar membuat persembahan tarian tiang menjadi punca pelakon, Adam Corrie, 55, membuat keputusan berhenti menjadi penari dan mengajar tarian sebelum ini. Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata, dia sudah memeluk Islam ketika menerima tawaran itu dan turut mendapatkan nasihat pakar agama mengenai perkara itu.
"Dulu saya pernah dapat tawaran buat persembahan. Saya tanya itu persembahan apa? Dia kata persembahan tarian tiang dan tawaran itu memang sangat-sangat lumayan. "Ketika itu saya sudah memeluk Islam dan rasa was-was. Saya pun rujuk kepada ustaz dan dia kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat. Saya hubungi semula orang itu dan saya tolak tawaran itu," katanya.
|
ADVERTISEMENT