Pasangan pengantin baru, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai meraih perhatian ramai. Berdasarkan sebuah video, Fatin dan Opai berada di sebuah kedai, serta memaparkan pelakon Tentang Bulan itu sibuk memilih corak tudung.
Fatin yang sedang belajar memakai hijab meraih sokongan suaminya itu apabila mereka berbelanja membeli 19 jenis tudung sehingga mencecah hampir RM5,0000. Dalam video tersebut, Opai meminta Fatin untuk mengambil sebanyak tudung yang dimahukan.
“Ambil je banyak mana nak. Pelan-pelan kayuh ya sayang,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak terkejut dengan jumlah pembeliannya kerana percaya Opai sangat mampu. Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji Opai menjadi seorang suami yang menyokong, serta memberikan masa dan tidak memaksa isterinya untuk berhijab. Sebelum ini, pasangan ini menjadi perbualan selepas Opai berkongsi jumlah pendapatannya untuk seminggu berjumlah RM76,000. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT