CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru 4 Tahun, Anak Betty Rahmad Pandai Baca Al-Quran Dan Taranum

18-1-2023 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6460| Komen: 62

Anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel serta bijaknya walaupun baru berusia empat tahun.

Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.


Menerusi hantaran tersebut, Wira yang memakai kopiah itu sedang membaca beberapa surah iaitu Al-Fatihah, Al-Ikhas, An-Nas dan Al-Falaq dengan cukup petah.


Foto: IG

Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan untuk Wira membaca al-Quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-Quran.

“Masya-Allah Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga.

“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum. Masya-Allah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah swt,” tulisnya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet memuji kepintaran Wira yang bijak membaca surah al-Quran tersebut dan turut mendoakannya menjadi anak yang soleh.

“Masya-Allah Tabarakallah semoga menjadi anak soleh Insya-Allah.

“Subhanallah. Wira ada suara yang lunak, boleh jadi imam nanti, InshaAllah. Tahniah buat ibu bapa Wira, Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat.



“Siap bertaranum lagi tu, Masya-Allah. Semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.

“Pandainya Wira! Suka sangat dengan dia ni, bijak ya amat! Anak soleh mummy dan daddy.




“Masya-Allah bijak sungguh anak soleh ni sorang. Semoga membesar menjadi seorang yang cintakan Al-Quran ya sayang,” komen netizen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 18-1-2023 09:49 AM
Betty ni produk seni die ape eh?
Quote cikatilia 18-1-2023 10:07 AM
slyfynx: Betty ni produk seni die ape eh?

ada berlakon sipi2 jadi hiasan

Quote matjerk 18-1-2023 10:12 AM
"Mami.. u ask la which one i read.." seriousssss budak ni bijakkkkkk....

Surah an-nas tiba last.. AMINNNN..

Surah al-falaq.. awak baca lagi baguiiiihhhhhhh dari saya dekkkkk

Dia hafaz ke dia baca n kenal huruf?

Semoga kau cemerlang selalu dek...
Quote afie_m 18-1-2023 10:13 AM
suka tgk dia lepas kahwin..
Quote vanillaninja 18-1-2023 10:44 AM
Sampai sekarang teringat Sambal Gila sheols jual. Sedap. Sheols jual lagi ke tak eh sambal tu.
Quote jejaka_hensem 18-1-2023 10:48 AM
Sabar jap.
Nanti ada sorang lagi,baru 2thn dah pandai hukum tajwid,hafaz ayat2 lazim.
Sekarang pun dah pandai berjalan,padahal tak sampai setahun pun lagi.
Tungguuuu
Quote edoraixora 18-1-2023 10:49 AM
Cerdik budak wira ni
Despite porumer cari selalu kutuk mak dia kuda, tapi aku suker si betty ni
Lemah lembut jer, cakap bersopan, suka camping
Quote mahalnya 18-1-2023 10:54 AM
Syukurla nak..hrp2 istiqamah la ya..
Quote Realpeople17 18-1-2023 11:11 AM
Wira ni sgt2 adorable ye. Wpun dia bukan ank mix mcm sesetengah mnusia gilakan, tp dia sgt bijak and well behaved. Cara dia mkn, cara dia ckp ngan mak dia mmg sopan. Budak2 cmni mmg bleh buat org jatuh hati.
Quote ketambangkang 18-1-2023 11:53 AM
slyfynx replied at 18-1-2023 09:49 AM
Betty ni produk seni die ape eh?

esk hari khamis kul 8.30 malam kat tv9 ada drama lama tajuk Ratu Jamu lakonan arwah aziean irdawaty, jalil hamid & ida nerina.. betty ade berlakon dlm tu jd anak aziean...dlm cite tu dia kecik lagi masih sek rendah rasanya
Quote ketambangkang 18-1-2023 11:56 AM
Realpeople17 replied at 18-1-2023 11:11 AM
Wira ni sgt2 adorable ye. Wpun dia bukan ank mix mcm sesetengah mnusia gilakan, tp dia sgt bijak and ...

setuju..berbaloi lah betty gajikan si teha jd nanny...degree holder tu
Quote Burong_Hantuk 18-1-2023 12:06 PM
betty nih retis kah?????
Quote Sachacha 18-1-2023 12:22 PM
Wira ni memang comel dan pandai..acik suka
Quote nolya 18-1-2023 12:23 PM
Alhamdulillah dn tahniah kpd ibubapa kerana ada inisiatif  mengasuh anaknya utuk menjadi anak soleh, InsyaAllah. Bacaan surah2 ayat lazim masih bertatih2, semoga dpt juga diajar membaca dgn tajwidnya yg benar. Selamat mengaji Ardy Wira  
Quote dudaberhias 18-1-2023 12:27 PM
Alhamdulilah, teruskan dikkkk... Pandai betul mak bapak kau ajar, macamni lah betul cara mengajar agama, ada retis dan acik marhaen ajar anak menengking2 dan hempuk rotan kulu kilir pun sampai ke tua anak tak baca lancar lagi budak 5 tahun di cubit berbirat sebab tak boleh sebut huruf Kho
Quote babelina 18-1-2023 12:49 PM
Alhamdulillah syukur.. moga family nie akn sentiasa dlm rahmat Allah.. amin yra..
Quote Nham22 18-1-2023 12:53 PM
Budak2x mcm span.. Ko ajar die selalu die boleh absorb... Cepat...
Sebab tu penting dpt isteri dan suami yg ade amik tanggungjawab mendidik anak2x kat rumah...luangkan masa dgn anak2x
Quote TomyamPuteh 18-1-2023 12:53 PM
Patut dipuji dan dikagumi.
Quote Rogue98 18-1-2023 01:36 PM
Suka wira ni ...mmg behave sangat...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057331 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top