CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kedai Makan Terlampau Kotor Dan Jijik! Penuh Tahi Tikus Dan Telur Lipas

18-1-2023 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1246| Komen: 4

KUCHING – Dua premis makanan diarahkan tutup selepas didapati kotor dengan dipenuhi najis tikus selain telur lipas dalam satu pemeriksaan di Metrocity, Matang sejak semalam.

Jurucakap Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching berkata, penutupan premis pertama dilakukan semalam setelah pemeriksaan di dalam premis menjumpai najis tikus dan telur lipas.


“Perintah penutupan diberikan selama 14 hari bermula 16 hingga 30 Januari ini,” katanya yang dihubungi, hari ini.


Foto: Kosmo

Katanya, tindakan diambil di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dengan notis dikeluarkan setelah pemilik premis didapati gagal mengekalkan premis makanan dalam keadaan baik, bersih dan kemas pada setiap masa.

Beliau berkata, sebuah lagi premis ditutup hari ini setelah pemeriksaan mendapati terdapat lipas di dalam premis selain tahap kebersihan yang rendah.


Beliau berkata perintah penutupan premis itu berkuat kuasa selama 14 hari bermula 17 hingga 31 Januari ini, di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Notis dikeluarkan kerana pemilik premis menggaji pengendali makanan yang tidak menjalani latihan pengendali makanan dan tiada suntikan vaksinasi tifoid.

“Pengendali makanan juga tidak memakai penutup kepala semasa mengendali makanan,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-1-2023 04:58 PM
euwww kotornya apooo la
Quote lolita737 18-1-2023 05:03 PM
eeeee...kotornya..
Quote rosedemon 19-1-2023 08:16 AM
masak jela kat rumah dek non
Quote juboqhang 19-1-2023 08:18 AM
YUK!!!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048881 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top